September 27, 2023

Inilah Alat Swab Test Automatik Pertama Di Dunia

1 min read

Swab test merupakan satu cara yang digunakan untuk mengetahui di dalam badan anda sudah ada virus Covid-19 atau tidak.

Namun swab test ini juga cukup berbahaya dan berisiko tinggi kepada para petugas kesihatan yang sedang melakukan swab test berkenaan.

Sebab itulah banyak juga dari kalangan warga kerja kesihatan disahkan positif Covid-19. Dari mana mereka dapat virus ini jika bukan dari sesetengah pesakit juga.

Bagi mengurangkan risiko ini, wajar untuk kita mencontohi negara jiran, Singapura yang telah membuat inovasi selangkah lebih maju ke hadapan.

Kota Singa itu memperkenalkan SwabBot – mesin menguji swab secara automatik.

Untuk menggunakan mesin ini, individu berkenaan perlu melekapkan kedua-dua hidungnya ke lubang yang terdapat pada mesin tersebut.

Lubang hidung kita akan dicucuk oleh putik kapas dengan lembut dan selesa setelah hidung kita dirapatkan ke lubang mesin berkenaan.

Fungsi SwabBot itu menyamai cara manual yang sedang kita gunakan kini, iaitu swab test oleh warga kerja kesihatan. Bezanya, SwabBot ini tidak menggunakan tenaga manusia.

Mesin SwabBot itu diusahakan oleh sebuah syarikat perusahaan teknologi iaitu Biobot Surgical, dengan kerjasama National Cancer Centre Singapore (NCCS).

Apabila ditanyq berkaitan proses memasarkan mesin ini, Biobot masih belum memberi kata putus yang rasmi dan konkrit. Oleh sebab itu, tiada siapa tahu berapakah harga bagi sebiji SwabBot berkenaan.

Kalau murah dan berbaloi, apa salahnya kita meminta Menteri Kesihatan Malaysia Dato’ Sri Dr. Adham Baba atau Kementerian Kesihatan Malaysia membelinya kan? – Sepatah Dua

1 thought on “Inilah Alat Swab Test Automatik Pertama Di Dunia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *