September 27, 2023

Langgar PKP: Denda Di Malaysia RM1K Jer, Denda Di Britain RM53K

1 min read

Anda terasa mahu melanggar SOP semasa PKPP ini? Mungkin bagi mereka yang punya duit berkepuk dan harta berkoyan-koyan, hukuman di Malaysia sekadar suam-suam kuku.

Sekadar kompaun RM1,000.00 atau penjara semata-mata, mungkin ramai yang mampu melangsaikannya dengan sekelip mata.

Tapi jika anda ke Britain, mungkin anda akan berfikir 10 kali untuk melanggar perintah pihak kerajaan semasa musim penularan pandemik Covid-19 ini.

Kenapa perlu fikir 10 kali? Apakah bentuk denda yang Britain beri?

Tahukah anda, kerajaan Britain akan mengenakan kompaun sebanyak 10,000 Pound sekiranya kita melanggar perintah mereka.

10,000 Pound itu bersamaan dengan lebih kurang RM53,000 duit kita. Bukan satu jumlah yang kecil bagi kita. Hakikatnya, inilah jumlah kompaun yang akan dikenakan kepada mana-mana individu yang cuba melanggar perintah kuarantin oleh kerajaan negara berkenaan.

Ternyata ia cukup drastik dan tegas. Mana tidaknya, ketegasan itu mungkin terpaksa diambil oleh pihak kerajaan negara berkenaan memandangkan kes penularan Covid-19 di negara tersebut juga cukup teruk.

Mungkin dengan cara sebegini sahaja kerajaan mampu mendidik dan mengawal rakyatnya untuk berdisiplin dan menjaga sikap masing-masing supaya lebih tertib dan mendengar kata.

Walaupun tindakan negara itu telah mendapat tentangan ramai pihak, namun Perdana Menteri Britain Boris Johnson menegaskan bahawa tindakan sebegitu wajar diambil agar kerajaan mampu membendung wabak berbahaya berkenaan.

Apatah lagi disebabkan sikap sesetengah individu yang tidak mahu mendengar kata, ia mengakibatkan negara itu telah berhadapan dengan gelombang kedua Covid-19.

Apakah Malaysia perlu mencontohi Britain, barulah kes positif di negara kita juga akan menurun seperti air hujan dari langit? – Sepatah Dua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *