Awas!! 6 Shopping Mall Ini Dilaporkan Ada Kes Covid-19
2 min read
Pandemik Covid-19 ini tak ubah seperti peribahasa popular yang berbunyi “pelanduk melupakan jerat, tetapi jerat tidak melupakan pelanduk”.
Masih ada yang tidak faham dan tertanya-tanya apakah maksud peribahasa berkenaan?
Ia membawa maksud sesuatu bahaya itu sentiasa mengancam dan berisiko terhadap pemangsa pada setiap masa. Walaupun dalam keadaan kita berjaga-jaga, apatah lagi ketika kita sambil leka.
Rakyat Malaysia mampu menarik sedikit nafas lega apabila sekitar bulan Mei 2020 lalu, kes positif Covid-19 di negara ini makin menurun. Ia memberi keberanian kepada Kerajaan Malaysia untuk menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 4 Mei.
Namun, mungkin disebabkan rakyat kita suka lupa dan tidak mematuhi arahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta Majlis Keselamatan Negara (MKN), maka kes positif Covid-19 makin menjadi-jadi pada akhir September 2020.
Sebagai contoh, sekarang ini terdapat beberapa kompleks membeli belah (shopping mall) di sekitar Lembah Klang telah dan pernah direkodkan mempunyai kes positif Covid-19.
Antara shopping mall yang dimaksudkan adalah :
1. SURIA KLCC
Pusat ini disahkan mempunyai kes Covid-19 apabila seorang ahli pusat gym di situ, Babel Fit positif Covid-19 pada 23 September yang lalu.
Ini diakui/disahkan sendiri oleh pihak pengurusan Suria KLCC pada 27 September 2020.
2.NU SENTRAL
Shopping mall ini disahkan terdapat kes Covid-19 apabila ada salah seorang daripada staf mereka didapati positif pada 26 September 2020.
Tanpa mahu bertangguh, pengurusan NU Sentral telah membuat proses sanitasi ke seluruh bangunan mereka pada hari yang sama. Ia mengguna SOP yang telah dimaklumkan oleh KKM sebelum ini.
3.CENTRAL WALK I-CITY (BERHAMPIRAN I-CITY MALL)
Salah seorang staf di Central Walk Management Office yang berdekatan i-Soho disahkan positif Covid-19, serta dia juga mempunyai sejarah ke tempat-tempat berisiko tinggi sebelum itu.
Sehubungan dengan itu, semua fasiliti Central Walk telah ditutup bermula 28 September sehingga 4 Oktober 2020 ini.

4.SUNWAY PIRAMID
Pada 26 September lalu, seorang staf outlet NIKE di aras satu Sunway Piramid Mall, Selangor telah disahkan positif Covid-19.
Menurut kenyataan dari pengurusan di sana, staf berkenaan mempunyai sejarah perjalanan ke tempat berisiko tinggi sebelum itu.
5.KL GATEWAY MALL
Kes yang hampir sama, seorang staf di Menara Suezcap 1 Office telah dilaporkan positif Covid-19 pada 25 September yang lalu.
Walau bagaimanapun, dalam perkembangan terbaru menyatakan bahawa staf berkenaan masih negatif Covid-19. Ia disahkan melalui kenyataan pihak pengurusan KL Gateway pada 27 September 2020.
6.THE LINC KL
Ibu bapa kepada seorang kanak-kanak di Taska Trinity Kids di The Linc KL, Jalan Tun Razak telah disahkan positif Covid-19.
Menurut kenyataan rasmi pihak The Linc KL, kanak-kanak tersebut telah hadir ke taska untuk pembelajaran separuh hari. Difahamkan, tarikh akhir kanak-kanak berkenaan hadir ke taska adalah pada 17 September.

Seperti mana yang seringkali dipesan oleh Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Sri Dr. Adham Baba, kita semua sekarang ini merupakan frontliners yang mempunyai tanggungjawab masing-masing.
Kita perlu sentiasa mengamalkan Norma Baharu, terutama sentiasa memakai pelitup hidung dan mulut di tempat awam, elakkan dari bersesak-sesak, tidak perlu bersentuhan antara satu sama lain dan kerap membasuh tangan atau menggunakan hand sanitizer. – Sepatah Dua