September 24, 2023

Video Ulama Meninggal Dunia Selepas Ucap ‘Lailahaillallah’ Ketika Ceramah

1 min read

Dalam agama Islam, pengakhiran seseorang adalah antara perkara terpenting. Semua penganut agama Islam mengimpikan kematian yang baik.

Islam juga mengajar pengakhiran hidup seseorang ditentukan oleh cara hidup dan amalan individu yang ikhlas.

Bercerita tentang kematian ini, telah viral satu video yang menunjukkan seorang Ulama di Indonesia jatuh secara tidak semena-mena ketika sedang berdakwah.

Beliau yang dimaksudkan itu ialah Buya Malin Putiah yang tiba-tiba rebah ketika sedang menyampaikan ceramah di sebuah Masjid di Kabupaten Harau, Sumatera Barat.

Video yang dimuatnaik oleh akaun instagram bernama @smart.gram itu menunjukkan Buya Malin sedang bersemangat menyebarkan agama Islam di kawasan tersebut.

Tiba-tiba selepas Buya Malin mengucapkan kalimah Tauhid ‘Lailahaillallah’, beliau rebah kebelakang dan dipercayai telah kembali Kerahmatullah saat itu.

“Allah Maha Melihat, Allah Maha Mendengar. Kata-kata di hati kita, Allah juga mengetahuinya,” kata Buya Malin.

Terdengar dari mikrofon yang digunakannya itu, suara nafas Buya Malin berhebus dengan cukup kuat.

Beberapa ketika selepas itu, suara pernafasannya tidak lagi terdengar, dan Buya Malin dikhabarkan meninggal dunia.

Menurut sumber, kejadian itu berlaku pada hari Sabtu, 12 September 2020, tepat pada jam 11.23 pagi.

Sebelum hayatnya sampai ke penghujung, kesihatan Buya Malin dalam keadaan yang baik dan tiada sebarang masalah.

Malah, beliau juga kelihatan amat bersemangat ketika mengagungkan Allah dan memuji Baginda Rasulullah SAW.

Inilah bukti nyata bahawa kematian akan datang tanpa kita sedari. Sebab itulah pesan Nabi SAW kepada kita agar menjadi manusia yang cerdik, yakni yang sentiasa ingat kepada kematian. – Sepatah Dua

1 thought on “Video Ulama Meninggal Dunia Selepas Ucap ‘Lailahaillallah’ Ketika Ceramah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *