AirAsia Akan Buang Ratusan Staf Dalam Masa 24 Jam Ini

Pada Jun lalu syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia mengumumkan telah membuang seramai 11 kru kabin daripada 1,900 kru, 172 juruterbang dan 50 jurutera sebagai usaha untuk membendung kos operasi mereka.

Bagaimanapun, AirAsia sekali lagi dilaporkan bakal membuang ratusan kakitangan lagi menjelang akhir bulan ini susulan kesan pandemik COVID-19.

Menurut sumber yang mendengar taklimat oleh Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad Riad Asmat, tiada angka terperinci diberikan namun ia melibatkan beberapa ratus tenaga kerja AirAsia Berhad.

Ini keputusan yang amat sukar setelah beberapa bulan kita lalui tempoh sukar. Beberapa ratus tenaga kerja akan dibuang, tiada angka terperinci buat masa ini.

Kriteria (siapa yang bakal dibuang) akan diberitahu nanti. Pekerja yang terlibat akan dimaklumkan melalui emel dalam tempoh 24 jam.

“Saya memohon maaf kepada tenaga kerja yang terlibat. Anda perlu kekal kuat dan kami akan terus menyokong anda dalam pelbagai cara,” ujar sumber itu yang memetik kata Riad.

Memetik kata Riad (melalui sumber), pekerja yang terlibat akan dimaklumkan melalui emel dalam tempoh 24 jam dan tenaga kerja yang terlibat akan dimaklumkan Khamis ini berserta dengan jumlah pampasan yang bakal diterima.

Menurut sumber, AirAsia bagaimanapun akan terus menyediakan bantuan asas seperti manfaat penjagaan kesihatan dan kupon penerbangan kepada pekerja yang terjejas sehingga Disember 2020.

SUMBER: Astro Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *