5 Ekor Burung Kakak Tua Terpaksa Dikuarantin Kerana Suka Carut Pengunjung Zoo
1 min read
Mungkin tidak masuk akal, namun apa yang terjadi ini benar-benar berlaku di dunia yang nyata. Lima ekor burung Kakak Tua terpaksa diasingkan atau dikuarantinkan atas keceluparan mulut mereka sendiri.

Perkara berkenaan berlaku di Taman Hidupan Liar Lincolnshire, Friskney, UK apabila lima ekor burung Kakak Tua yang baru diperoleh dari Afrika pada 15 Ogos lepas.
Malangnya, burung-burung tersebut dikesan telah menggunakan masa lapang mereka ketika sedang dikuarantin untuk ‘mengajar’ sesama mereka bahasa-bahasa kesat.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif taman berkenaan, Steve Nichols, lima ekor burung dari baka Afrika itu suka mencarut sesama mereka. Lebih teruk lagi, mereka juga turut mencarut kepada para pengunjung yang datang ke taman berkenaan.

Sebelum itu, burung-burung berkenaan telah dipamerkan kepada khalayak ramai selama 20 minit, malangnya mereka telah mencarut para pengunjung yang datang.
Hal itu menyebabkan pihak pengurusan taman bimbang perkara buruk berlaku kepada kanak-kanak dan mereka yang datang melawat.

Menurut Nichols, lima ekor burung itu telah diasingkan kepada sangkar yang berbeza bagi menghalang sesama mereka ‘belajar’ bahasa carut.
Pelik tapi benar, semoga insiden sebegini tidak berlaku dalam negara kita Malaysia. Di zaman Norma Baharu akibat pandemik Covid-19 ini, marilah kita sama-sama menjaga prosedur operasi standard (SOP) ke mana sahaja kita pergi. – Sepatah Dua
1 thought on “5 Ekor Burung Kakak Tua Terpaksa Dikuarantin Kerana Suka Carut Pengunjung Zoo”