December 9, 2023

Gadis Nak Bibir Terbesar Dunia, Suntik 21 Kali Dengan Kos RM15k

1 min read

Disebabkan terlalu berharap ingin mendapatkan bibir terbesar di dunia, seorang gadis muda sanggup melakukan 21 kali suntikan pada bibirnya.

Andrea Emilova Ivanova, 22, dari Bulgaria berkongsi gambar dan ceritanya di Instagram yang memiliki 62,100 pengikut.

Walaupun doktor menasihati Andrea supaya tidak berbuat demikian, namun beliau tetap mahu memiliki bibir yang besar.

Untuk rekod, Andrea sanggup menghabiskan £135 (RM721) untuk setiap suntikan filler. Ini bermakna, beliau telah menghabiskan £2,835 (RM15,159) untuk 21 jumlah prosedur.

Menurut Andrea, beliau mula mengubah suai bentuk bibirnya pada tahun 2018 dan mendapat pujian ramai di media sosial. – Sepatah Dua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *