December 9, 2023

Selepas Kata “Covid Adalah Bulls**t”, Akhirnya Lelaki Ini Terlantar Di Wad

2 min read

Dari katil wad hospital, seorang lelaki bernama Chris Grailey menyebarkan sebuah video untuk memberi peringatan kepada semua orang mengenai virus pembawa maut Covid-19.

Pemuda berkenaan dahulunya menganggap bahawa virus Covid-19 itu tidak masuk akal, kini terbaring tidak berdaya di hospital kerana dijangkiti.

Dilaporkan oleh Tribunnews memetik Metro, lelaki dari England itu pada mulanya mengakui bahawa dia adalah orang pertama yang mengatakan bahawa virus korona itu tidak masuk akal.

Bukan itu saja, Chris juga menganggap dirinya kebal dan ‘tak pernah kalah’. Walau bagaimanapun, selepas kata-kata itu dilontarkan oleh Chris, sekarang ibarat kata-kata itu memakan diri sendiri pula.

Dengan menggunakan ventilator oksigen dan terbaring di katil hospital, Chris membuat satu video dengan memberi nasihat hasil penyesalan dirinya sendiri.

Pemuda berusia 29 tahun itu menceritakan dia jatuh sakit ketika bercuti di Kepulauan Canary, seminggu sebelum terbaring lemah di wad akibat serangan wabak maut berkenaan.

Dia mengakui sakit sepanjang percutian. Chris hilang selera makan dan bau serta banyak mengeluarkan peluh sejuk.

“Saya dijangkiti Covid-19 di Tenerife. Saya tidak memakai topeng,”

kata Chris.

Semasa dia pulang daripada percutian, keadaannya bertambah buruk. Chris dikejarkan ke hospital pada pagi Ahad, 20 September lalu, namun dibenarkan pulang pada malamnya dan menyangka dirinya tiada yang serius. Ternyata, dia salah dan tidak kebal.

Chris sekali lagi dikejarkan ke hospital pada hari Selasa pagi, 22 September.

Dia segera dibawa ke wad Covid-19, di sebuah hospital di Watford, tempat dia bekerja.

Namun pada Khamis 24 September, Chris disahkan dan didiagnosis menghidap virus Covid-19.

“Saya pasrah dan hanya menyerah,“ kata Chris dalam video itu dalam keadaan termengah-mengah.

“Saya tidak boleh bernafas, berjalan dan bergerak. Saya seperti zombie,” tambahnya.

Semasa dimasukkan ke hospital kerana Covid-19, dia menggunakan empat antibiotik yang berbeza. Dia juga memakai selang oksigen 7×24 jam steroid.

Menurut Chris, lengannya mempunyai banyak lubang kerana jarum, seperti penagih dadah. Kemudian, Chris juga turut menyatakan hasratnya membuat video tersebut kerana untuk menyatakan Covid-19 bukan omong kosong, seperti yang pernah didakwanya sebelum ini.

“Jadi sebelum anda berfikir untuk pergi ke pesta dan merasa kebal, fikirkan semula,”

kata Chris.

Kita masih belum menang lagi. Patuhi SOP ditetapkan kerajaan, terutama sentiasa mengamalkan Norma Baharu seperti yang dinasihatkan oleh Menteri Kesihatan Malaysia, YB Dato’ Sri Dr. Adham Bin Baba dan pihak WHO. – Sepatah Dua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *