June 1, 2023

Hampir 20,000 Pekerja Amazon Sah Positif Covid-19

1 min read

Laman jual beli online terkenal di Amerika Syarikat, Amazon semalam memaklumkan seramai 19,800 pekerjanya positif COVID-19, sejak Mac lalu.

Menurut Amazon, data mengenai 1.37 juta pekerja barisan hadapan syarikat e-dagang gergasi itu termasuk kakitangannya di di bahagian Whole Foods Market di Amerika Syarikat, menunjukkan kadar jangkitan lebih rendah daripada jangkaan.

Kenyataan mengenai statistik itu muncul apabila sebilangan pekerja pusat logistik mengkritik keselamatan syarikat untuk melindungi mereka daripada wabak serta keengganan pihak itu berkongsi maklumat mengenai rakan sekerja mereka yang dijangkiti.

Coronavirus covid-19 test results made in chalk on blackboard

Amazon juga dilaporkan meningkatkan pengujian hingga 50,000 sehari di 650 laman web, menurut syarikat yang berpusat di Seattle.

“Sejak mula menjadi kritikan kami bekerja keras untuk memastikan pekerja dimaklumkan, termasuk perkembangan kes baharu di bangunan mereka,” kata Amazon dalam blognya berkenaan kadar jangkitan dalam pekerja di barisan hadapan.

Jika kadar jangkitan dalam kalangan Amazon dan kakitangan Whole Foods menyamai populasi umum Amerika Syarikat sama dengan jumlah kes akan mencecah 33,000 kes, menurut syarikat itu. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *