Akibat Covid, TSM Charity Golf Foundation Gigih Buat Amal

Tan Sri Muhyiddin Charity Golf (TSMCG) terus komited dalam membantu golongan kurang berkemampuan dan terkesan akibat wabak COVID-19 di negara ini.

Presiden TSMCG Datuk Ir Zainuddin Mohd Radzi berkata usaha tersebut dilaksanakan menerusi pelbagai program amal dan kebajikan.

Antaranya, kejohanan golf amal iaitu “Founders Cup 2020” dan “TSMCG Way Forward 2020” yang diadakan secara serentak mulai 1 hingga 4 Oktober.

Zainuddin berkata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku pengasas dan pengerusi yayasan tersebut turut menghadiri kejohanan tersebut yang bertempat di sebuah padang golf di Desaru, Johor.

“TSMCG The Way Forward 2002 merupakan satu siri perbincangan yayasan ini untuk merancang aktiviti amal untuk tahun-tahun akan datang,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Kata Zainuddin, kedua-dua kejohanan tersebut dirancang tatkala kes COVID-19 di negara ini masih mencatatkan satu digit.

“Semua peraturan Kementerian Kesihatan (KKM), prosedur operasi standard (SOP) dipraktikkan sepanjang kejohanan tersebut diadakan.

“Keselamatan peserta dan tetamu merupakan keutamaan kami.

“Bilangan peserta untuk kejohanan berkenaan telah dikurangkan memandangkan terdapt peningkatan kes jangkitan COVID-19 di negara ini,” katanya.

Tambahnya, 20 organisasi amal akan menerima sebahagian daripada hasil The Founders Club 2020 pada upacara penyampaian hadiah pada petang Sabtu.

Organisasi-organisasi tersebut ialah:

● Pertubuhan Kebajikan Cahaya Pelangi Johor Bahru
● Persatuan Penjagaan Kanak-kanak Terencat Akal Johor Bahru
● Pertubuhan Kebajikan dan penjagaan kanak-kanak kurang upaya Negeri Johor
● Persatuan Kebajikan Rumah Kesayangan Guru Shree Raghavendra
● Persatuan Kebajikan Elijah Johor Bahru
● JB Lions Renal Care Foundation
● Persatuan Kebajikan Fei Xiang Johor Bahru
● Persatuan Kebajikan Berkat Berganda (Shuang Hu) Johor Bahru
● Pertubuhan Kebajikan Insan Istimewa Johor Bahru
● Pusat Kebajikan Care Haven Bhd
● Madrasah Tahfiz Al Quran Assoliheen Taman Kempas Baru, Johor Bahru
● Pusat Jagaan Kasih Setanggi
● Wakaf Darul Quran Mersing
● Persatuan Kebajikan Prihatin Mersing
● Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Kota Tinggi Johor
● Madrasah Tahfiz Al Jauhar
● Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Jalan Omri
● Pertubuhan Kebajikan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE)
● Madrasah Tahfiz Al Quran Al Muhajirin
● Persatuan Kebajikan dan Pendidikan Darul Istiqamah Kg Simpang Baba, Muar

Selain itu, beliau berkata sejak penularan COVID-19, yayasan berkenaan memberikan bantuan dan pertolongan kepada golongan kurang berkemampuan dan mereka yang memerlukan dalam bentuk makanan dan barangan keperluan.

“TSMCG juga berjaya membekalkan dan menghantar mesin bantuan pernafasan ke hospital, memberikan makanan dan bantuan kepada petugas barisan depan serta mereka yang paling terkesan dengan wabak COVID-19.

“Yayasan ini juga mengendalikan sebuah pusat dialisis di Kuala Lumpur dan bakal mendirikan beberapa lagi pusat di Putrajaya dan Pagoh.

“Sehingga 2019, yayasan ini telah berjaya mengumpul sekitar RM17 juta dan telah menyalurkannya kepada beberapa organisasi amal dan individu di Malaysia,” katanya.

Untuk rekod, TSMCG ditubuhkan 18 tahun lalu oleh Muhyiddin dan beberapa rakyat Malaysia yang berkongsi wawasannya untuk membuat kerja amal menerusi sukan golf.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *