Sungai Semenyih Pula Tercemar, Orang Di Hulu Langat Alami Gangguan Bekalan Air
1 min read
Loji Rawatan Air Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi terpaksa diberhentikan sepenuhnya hari ini kerana pencemaran air mentah di Sungai Semenyih yang menjadi sumber air mentah ke loji-loji tersebut.
Syarikat Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam satu kenyataan berkata tindakan itu akan mengakibatkan gangguan bekalan air tidak berjadual akan berlaku di 274 kawasan melibatkan 309,687 pengguna.
Kawasan terjejas melibatkan empat wilayah iaitu Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang,” menurut kenyataan itu.

Pihak Air Selangor telah pun melaporkan insiden itu kepada Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan tindakan untuk mengenal pasti punca pencemaran air mentah di sepanjang Sungai Semenyih dan anak sungai di sekitarnya sedang giat dijalankan.
Air Selangor juga telah memulakan Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) untuk mempercepatkan bantuan kepada pengguna yang bekalan air mereka terganggu.
BACA JUGA : Tolong Tunda Pendaftaran Pelajar, Elak Kluster Kampus Sabah
“Pada masa ini, pihak kami masih belum dapat menjangkakan tempoh masa operasi semula loji dan pemulihan bekalan.
“Air Selangor akan memaklumkan perkembangan berkaitan dengan insiden ini dari semasa ke semasa menerusi semua platform media di media massa dan media sosial,” menurut kenyataan itu.
Tidak dapat dipastikan apa punca pencemaran kali ini di Sungai Semenyih adakah dari perbuatan kilang haram atau sebaliknya. – Sepatah Dua