September 26, 2023

Bayi Meninggal Akibat Covid, Ibu Bapa Jangan Leka!

2 min read

MALAYSIA berkongsi berita sedih apabila seorang bayi perempuan warga tempatan berusia setahun merupakan salah sorang daripada empat jumlah korban terbaharu akibat Covid -19 yang direkodkan.

Kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 6 Oktober yang telah disampaikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes kematian ke-140 itu telah mendapatkan rawatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Semporna pada 1 Oktober lalu.

“Keadaan kesihatan kes didapati merosot dan memerlukan bantuan pernafasan. Saringan Covid-19 didapati positif pada 5 Oktober 2020. Kes disahkan meninggal dunia pada 5 Oktober 2020 jam 4.25 petang”, kata Dr Noor Hisham dalam sidang media berkenaan.

Ramai dalam kalangan ibu bapa dilihat mula mengambil kesempatan membawa anak-anak mereka keluar, sejak PKPP diperkenalkan.

Tidak dinafikan, sebahagian besar ibu bapa kerap membawa anak-anak kecil keluar membeli-belah dan bersantai di kawasan-kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai seperti di shopping mall.

Virus ini seperti yang kita semua sedia maklum tidak boleh dinampak oleh mata kasar manusia. Justeru, kita tidak tahu keberadaan virus ini dimana.

Boleh jadi virus tersebut terkena pada anak kita selepas dia bermain dengan kawan-kawan di taska atau sekolah. Tidak mustahil juga virus ini berjangkit kepada sepupu kita yang datang ke rumah kita di Segambut, menaiki bas atau keretapi dari George Town, Pulau Pinang.

Walaupun dia merupakan darah daging kita, ia tidak bermakna virus berkenaan tidak boleh menjangkiti diri kita. Waima ibu bapa yang dijangkiti Covid-19 ini, tidak bermakna virus berkenaan tidak boleh menjangkiti anak pula. Covid-19 buta SOP, buta pertalian darah! Ubah stikma tersebut!

Justeru, dalam hal ini, hanya ibu bapa yang mampu menjadi benteng pertahanan untuk mengelak anak mereka daripada menjadi mangsa serangan virus yang setakat ini sudah meragut ratusan nyawa di negara ini.

Ibu bapa perlu sentiasa ada kesedaran yang tinggi semasa pandemik ini. Jangan kerana ingin melihat anak-anak bersuka ria, lalu ibu bapa tanpa rasa segan silu membawa anak-anak keluar berjalan pada hujung minggu misalnya.

Jangan sampai pada satu ketika, ibu bapa pula terpaksa bersedih apabila anak-anak terpaksa mendapatkan rawatan di hospital angkara kecuaian sendiri selepas dijangkiti Covid-19.

Oleh demikian, kitalah yang patut menjadi frontliners di saat vaksin masih belum ditemui. Jangan cuai dan pandang remeh terhadap virus maut yang penuh seni ini.

Sebagai frontliners utama negara yang bertindak menjadi benteng mencegah Covid-19, kita perlu dengar nasihat YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan YB Menteri Kesihatan, Datuk Sri Dr. Adham Baba.

Mereka telah berulang kali menasihati semua (tidak kira siapa) yang berada dalam negara ini agar dapat mematuhi SOP dan mengamalkan norma baharu setiap masa. Justeru, jika nasihat itu terkena pada batang hidung kita, jangan pula mengecam dan troll Perdana Menteri atau YBMK ini.

Mereka berkata benar! Mereka menasihati kita berpandukan laporan harian yang diterima bahawa ramai dari kalangan masyarakat kita masih tidak patuh kepada SOP dan norma baharu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *