MyVXp : Gaya Baru Pengalaman Digital Pelancongan Malaysia Dilancarkan
4 min read
Pengerusi Tourism Productivity Nexus (TPN), Uzaidi Udanis ketika berucap pada majlis pelancaran MyVXp di Petaling Jaya, semalam.
Selepas jerih payah selama kira-kira enam bulan sebagai projek perintis ketika negara dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik COVID-19, program Malaysia Virtual Experience (MyVXp) semalam dilancarkan secara rasmi menandakan permulaan satu lembaran baru dalam industri pelancongan negara ini.
Selepas PKP dilaksanakan pada Mac lepas, industri pelancongan tenggelam bagai batu dibaling ke air.
Ketiadaan pelancong dan larangan rentas negeri membuatkan ramai pemain industri mati akal dek kerana kehilangan sumber pendapatan utama iaitu produk pelancongan tidak dapat dijual.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah MPC, Zahid Ismail berkata MPC mensasarkan untuk mewujudkan kira-kira 1,000 produk untuk MyVXp menjelang akhir tahun ini.
Oleh kerana kemelut itu jika dibiarkan akan terus melarat, Tourism Productivity Nexus (TPN) yang diwakili oleh pihak industri sendiri melahirkan idea baru iaitu MyVXp.
Pengerusi TPN, Uzaidi Udanis mencetuskan ilham untuk para penggiat industri yang mempunyai produk pelancongan yang istimewa dan berpotensi untuk berkongsi dengan orang ramai pengalaman keistimewaan produk berkenaan secara maya di internet tanpa perlu pergi ke tempat itu hanya di keselesaan rumah mereka sendiri.
TPN ialah sebuah platform berfungsi untuk memperkasakan produktiviti pelancongan di bawah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Apa kebaikan yang dinikmati oleh penggiat industri? Mereka akan mendapat pulangan dari segi pendapatan kerana perkongsian itu dibuat secara eksklusif di dalam ruang khas maya dengan bilangan pengguna yang terhad dan berbayar.
Sejak Mei 2020 waktu MyVXp dimulakan, pihak TPN telah berjaya melatih lebih 450 orang yang akan melakukan sesi perkongsian berkenaan yang di dalam MyVXp mereka digelarkan sebagai hos.
MESTI BACA : Sesi Pertama MyVXp Online Turut Dihadiri Menteri Pelancongan, Seni Dan Budaya
Uzaidi yang juga Presiden Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) berkata industri pelancongan menerima kesan yang besar akibat pandemik COVID-19 dan selepas kebenaran rentas negeri serta aktiviti pelancongan dibenarkan semula ia memberi kelegaan kepada para penggiat industri itu.
Bagaimanapun, katanya dengan keadaan pandemik ini yang ada masa jangkitan akan kembali meningkat, penggiat industri perlu ada alternatif lain dan ia adalah MyVXp.
“Saya rasa inilah peluang yang sebenarnya yang sepatutnya semua penggiat industri pelancongan harus mengambil peluang ini untuk mereka mempromosi bukan sahaja untuk pelancong tempatan dan juga luar negara.

“Sudah terbukti yang mana kami anjurkan kebanyakan produk kami (penggiat industri) dibeli oleh pelancong luar negara walaupun ketika ini sempadan negara Malaysia masih ditutup,” katanya dalam sidang media selepas majlis pelancaran MyVXp semalam.
Beliau berharap jika ada sesiapa yang ada idea baru untuk dijadikan perkongsian dalam MyVXp seperti sejarah, lagenda, produk, masakan, kraftangan atau bakat istimewa, boleh sertai MyVXp untuk promosikan Malaysia.
Menjelaskan apa sebenarnya MyVXp, Uzaidi berkata ia adalah seperti produk biasa pelancongan tetapi ia diadakan dalam keadaan tertutup dalam bilik persidangan maya dan akses hanya diberikan kepada sesiapa yang membayar.
“Kami terperanjat juga rupanya ramai yang hendak bayar, selalu kita tengok Youtube percuma. Untuk modul ini, ada yang sanggup membayar untuk masuk ke dalam bilik maya itu bersama dengan hos yang boleh berkongsi apa-apa pun perkara yang istimewa.
“Mereka sanggup membayar untuk mendengar cerita-cerita dan storyline daripada hos berkenaan,” kata Uzaidi.
Pada peringkat perintis, ada beberapa sesi dengan hos awal MyVXp, akses atau tiket untuk melihat perkongsian itu habis dijual iaitu kira-kira untuk 30 orang. Ia bagi memastikan sesi berkenaan boleh memberi peluang kepada hos untuk berinteraksi dengan penonton yang membayar.
Sebaik dilancarkan, kini ada 150 produk sudah bersedia untuk dinikmati oleh orang ramai dan ia dipamerkan di laman web https://www.kofkino.com/ untuk ditempah secara atas talian.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah MPC, Zahid Ismail berkata MPC mensasarkan untuk mewujudkan kira-kira 1,000 produk untuk MyVXp menjelang akhir tahun ini.
“Sekarang kita telah ada produk, dan kini apa yang kita harapkan ialah untuk rakyat Malaysia memberikan sokongan kepada penggiat industri kita untuk membeli produk-produk MyVXp ini yang kita akan paparkan di laman web untuk dipilih orang ramai.


“Projek MyVXp kini masih berada dalam fasa pembangunan dan kita mensasarkan pasaran pelancongan domestik dahulu dan kita berharap pihak media turut membantu menggiatkan promosi MyVXp ini supaya ia menjadi pilihan orang ramai menikmati pelancongan atau pengalaman unik dengan gaya baru secara digital,” katanya.
Penyanyi kumpulan Flybaits, Fredo merupakan antara hos paling awal dalam MyVXp dan kini sudah mengadakan banyak sesi langsung secara maya dan kesemua sesi tiket habis dijual.
Antara produk yang kini sudah boleh ditempah oleh orang ramai untuk merasai pengalaman unik melancong secara maya ialah :-
Antara poster produk Malaysia Virtual Experience (MyVXp).
- Kampung Morten, Melaka : Virtual Live Experience meneroka Kampung Morten di Melaka secara maya.
- Pengalaman Merasa Keenakan Lempeng Pekak Kambing Semalam.
- Meneroka Kuala Lumpur bermula dari lokasi bersejarah di Masjid Jamek.
- Tandem Paragliding : Before You Fly, Experience The Flight Online rasai pengalaman paragliding di Kuala Kubu Baru.
- Pengalaman di Pasar Bisik di Kuala Muda, Kedah di mana anda membeli ikan dengan berbisik.
- The Untold Stories Of Negeri Sembilan perkongsian mengenali keunikan Negeri Sembilan.
Harga tiket bermula dari RM15 sehingga RM50 untuk satu sesi perkongsian selama 60 hingga 90 minit secara maya. – Sepatah Dua
1 thought on “MyVXp : Gaya Baru Pengalaman Digital Pelancongan Malaysia Dilancarkan”