September 27, 2023

Adakah Kesihatan Mental Anda Baik?

2 min read

Hari ini merupakan Hari Kesihatan Mental Sedunia iaitu setiap 10 Oktober. Ia mungkin kurang dihayati dan disambut oleh mereka yang berada di luar sana.

Hanya mereka yang berkecimpung dalam dunia kesihatan saja mungkin menyambutnya.

Walhal, kesihatan mental adalah suatu perkara yang penting dan perlu kita semua ketahui. Jangan ambil mudah dengan tahap kesihatan mental kita.

Seperti mana kita risau akan wabak maut Covid-19, perlulah juga di antara kita mempunyai kesedaran tinggi untuk kesihatan mental ini.

Paling tidak, cukup sekadar kita mengetahui sejauh mana tahap kesihatan mental yang ada pada diri kita, supaya kita sendiri tahu akan limitasi tahap kesihatan kendiri.

Sumber: Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia

Perwatakan (personaliti) seseorang tidak sama. Setiap daripada kita berbeza personaliti akibat daripada pengaruh dalaman seperti keturunan, dan luaran seperti didikan, mengikut role model, pergaulan, pengalaman dan lain-lain.

Sifat-sifat dan perwatakan yang berlainan inilah yang menjadikan kehidupan di dunia ini menarik. Namun tahukah anda, beberapa sifat ini dapat menjurus kepada mental yang sihat:

1.Bersyukur dengan apa yang anda miliki; “count your blessings”,
2.Pemikiran yang positif; selalu fikirkan yang positif, elak berfikiran dan beranggapan yang buruk. Jangan sangka buruk terhadap orang lain,
3.Berkeyakinan diri; yakin diri anda ‘boleh’ melakukan perkara-perkara yang ingin anda lakukan atau yang dipertanggungjawabkan. Tidak ada perkara yang tidak boleh dipelajari. “Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan”,
4.Mempunyai harga diri; sayangi diri anda supaya anda tidak akan melakukan perkara-perkara yang mendatangkan mudarat atau menjatuhkan maruah diri sendiri,
5.Belajar mengatakan “TIDAK”; bagi perkara-perkara yang anda tahu akan mendatangkan bahaya kepada diri. Jangan takut atau was-was untuk mengatakan “TIDAK”. Anda akan lebih dihormati kerana mempunyai pendirian dan kekuatan untuk mengatakan “TIDAK”,
6.Rajin mendalami berbagai ilmu termasuk ilmu kerohanian,
7.Sasaran yang diberi kepada diri sendiri adalah adil dan mengikut kemampuan,
8.Tidak lokek memberi pujian kepada orang lain dan juga kepada diri sendiri.

Kesihatan mental di Malaysia membimbangkan?

Ayuhlah kita berusaha membentuk kesihatan mental yang optimum seperti mana kita amat prihatin terhadap kesihatan fizikal sendiri. Sentiasa mendengar nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia yang diterajui oleh YB Dato’ Sri Dr. Adham Baba.

Di bawah kepimpinan Dr. Adham ini, KKM dikatakan menggerakkan usaha untuk memastikan kesihatan mental rakyat Malaysia berada di tahap yang baik apatah lagi ketika ramai rakyat sedang trauma kesan Covid-19 ini.

Semoga Kerajaan Malaysia dapat membentuk sebuah masyarakat yang memiliki daya tahan mental yang tinggi dan sihat. – Sepatah Dua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *