Simpan Maklumat COVID-19 Di Malaysia Dalam Kapsul Masa Jadi Persediaan Untuk Pandemik 100 Tahun Lagi?
3 min read
Kerajaan Malaysia pada hari ini mungkin boleh menyimpan dokumen semua langkah yang diambil untuk mengawal jangkitan COVID-19 dalam negara, kemudian disimpan dalam kapsul masa dan disimpan di tempat yang selamat sebagai persiapan kerajaan Malaysia akan datang kira-kira 100 tahun lagi.
Ini adalah kerana, pemerhatian terhadap corak kewujudkan penyakit berbahaya berjangkit di dunia akan berlaku pada setiap 100 tahun bermula pada tahun 1720 lagi.
Mungkin kenyataan ini kurang tepat kerana mungkin ada pandemik lain berlaku di antara tahun-tahun berkenaan tetapi dikatakan pandemik yang memberi kesan besar kepada penduduk dunia sehingga menyebabkan angka kematian yang banyak.
Pada awal jangkitan COVID-19 menggemparkan dunia, tersebar di seluruh dunia gambar lama pada tahun 1920 yang memperlihatkan orang ramai memakai pelitup muka dan disuruh duduk di rumah juga pada masa itu sebagai langkah mengekang penularan wabak jenis Influenza ini.

Pada tahun 1720, dunia diserang wabak yang dikenali sebagai The Great Plague Of Marseille iaitu sejenis demam jangkitan yang disebabkan oleh bakteria yang dipindahkan ke manusia daripada tikus melalui lalat yang telah dijangkiti.
Menurut Britannica.com, ialah adalah sejenis pandemik.
Bagaimanapun, Great Plague Of Marseille membawa maut kepada lebih 126,000 orang di Selatan Perancis bermula pada tahun 1720.
BACA JUGA : 118 Pasangan Pengantin ‘Serang’ Pejabat Agama
Menurut artikel dari seorang Profesor Sejarah di University of Texas, Cindy Ermus yang menulis buku tentang penularan wabak itu, dikatakan disebabkan ia banyak berlaku di Perancis, ia bukan satu pandemik tetapi kebanyakan laman web perubatan menyatakan Great Plague of Marseille ialah pandemik pada masa itu.
Kemudian datang pula, Cholera atau taun pada tahun 1820. Ia bermula sebenarnya tiga tahun sebelum itu sebelum ia diberitahu kepada umum.

“Sejak pertama kali ia tersebar di Calcutta di sepanjang delta Sungai Ganges pada 1817, ia telah pun membunuh jutaan manusia,” menurut Yayasan Robert Wood Johnson yang mana menyokong program penyelidikan kesihatan.
Pada tahun 1854, ada wabak taun dikesan merebak di Soho, satu wilayah di London yang disebarkan melalui air yang tercemar.
Selepas itu, muncul wabak pandemik yang berkaitan dengan selsema pada tahun 1920 iaitu Spanish Flu.
Menurut ramai pakar sejarah, wabak itu digelarkan secara meluas sebagai The Great Influenza.
Ia dikesan menjangkiti anggota tentera pada musim bunga tahun 1918. Dikatakan sebanyak 500 juga orang atau satu pertiga dari populasi penduduk dunia dijangkiti virus itu.
Dianggarkan kematian akibat Spanish Flu adalah sekitar 50 juta orang di seluruh dunia dengan 675,000 orang daripadanya yang mati ialah dari Amerika Syarikat. Pada masa itu pun mereka sudah merekodkan jangkitan dan kematian yang tinggi.

Pada awal jangkitan COVID-19 menggemparkan dunia, tersebar di seluruh dunia gambar lama pada tahun 1920 yang memperlihatkan orang ramai memakai pelitup muka dan disuruh duduk di rumah juga pada masa itu sebagai langkah mengekang penularan wabak jenis Influenza ini.
Selepas pandemik COVID-19 berakhir nanti, semua fail data pesakit, rawatan yang diberikan, langkah yang diambil kerajaan, rekod tentang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), data perubatan setiap pesakit termasuk yang meninggal dunia serta perancangan kerajaan Malaysia pada kini boleh disimpan di dalam kapsul berkenaan untuk disimpan di tempat yang selamat dan hanya boleh dibuka pada tahun 3015 mungkin lima tahun sebelum 3020.
Pada tahun 3015, mungkin kerajaan Malaysia pada masa itu boleh melihat semula sejarah pandemik COVID-19 pada tahun 2020 dan melihat sama ada perlu apa-apa persiapan dari segi bilangan hospital atau alat bantuan pernafasan dipastikan cukup sebelum tahun 2020 apabila ada kemungkinan berlaku satu lagi pandemik.
Bagi kerajaan Malaysia, sudah pasti semua maklumat yang ada serta tindakan yang diambil akan disimpan dengan baik untuk persiapan kita serta persediaan semua orang berdepan apa juga halangan yang bakal dihadapi pada masa depan.
Sama-samalah kita jaga dan patuh pada prosedur operasi standard (SOP) yang sudah ditetapkan dan betul-betul menjaga penjarakan fizikal anda untuk mengelakkan kita dijangkiti virus COVID-19 ini supaya negara kita benar-benar bebas dari wabak ini kelak. – Sepatah Dua