December 8, 2023

Tak Bermoral & Kurang Sopan, Pakistan Haramkan Terus TikTok

1 min read

Pakistan kini mengumumkan mereka akan mengharamkan TikTok, sekaligus menghalang akses kepada aplikasi sosial yang popular pada peringkat global berkenaan.

Pakistan mengatakan mereka mengambil-langkah untuk mengharamkan aplikasi ini disebabkan oleh kandungan tidak bermoral dan kurang sopan.

Pakistan mengatakan pengharaman ini dilakukan lanjutan disebabkan aduan daripada pelbagai segmen masyarakat terhadap kandungan aplikasi berkenaan yang kurang sopan.

Pihak berkuasa Pakistan turut mengatakan akan melihat kembali kepada pengharaman ini sekiranya TikTok berjaya hadir dengan mekanisma yang sesuai untuk kawalan kandungan pada aplikasi tersebut. – Amanz

1 thought on “Tak Bermoral & Kurang Sopan, Pakistan Haramkan Terus TikTok

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *