3 Polis ‘Macau Scam’ : Selepas Bebas Dari SPRM, Bukit Aman Pula Cekup
1 min read
Police personnel queing in Bukit Aman for early voting on Saturday. AZMAN GHANI / The Star
Polis pada Ahad menahan tiga individu bagi membantu siasatan kes perjudian Online Calling Centre, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed.
Ketiga-tiga individu tersebut sebelum ini telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Kesemua mereka yang ditahan di luar ibu pejabat SPRM petang Ahad selepas dibebaskan dengan jaminan akan dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan perintah reman pada Isnin.

Terdahulu SPRM memaklumkan, kesemua individu tahanan reman yang terlibat siasatan kes sindiket perjudian dalam talian dan pengubahan wang haram dilepas dengan jaminan.
Sembilan individu termasuk tujuh anggota dan pegawai polis yang kemudian diserah ke Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman untuk siasatan di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959 berikutan kes diklasifikasi sebagai jenayah bersindiket.