December 9, 2023

Kerajaan Mungkin Boleh Wujudkan Saluran TV Khas Tentang COVID-19 Di Malaysia

2 min read

Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mungkin boleh melihat cadangan untuk mewujudkan satu saluran televisyen khas untuk makluman tentang perkembangan serta nasihat kepada rakyat berkaitan COVID-19.

Sejak kes pertama jangkitan COVID-19 dikesan dalam negara ini pada 25 Januari lepas, rakyat sudah diberikan dengan begitu banyak maklumat, tatacara prosedur operasi standard (SOP) serta pelaksanaan pelbagai peraturan termasuk makluman angka jangkitan setiap hari.

Jika diwujudkan, saluran khas televisyen berkenaan boleh menayangkan adegan lakonan bagaimana mematuhi SOP sebenar setiap hari seperti untuk ke pejabat, ke kedai makan, ke stesen minyak, ke bank, ke pasar dan lain-lain bagi memberikan kefahaman yang jelas kepada rakyat bagaimana SOP berkenaan dipraktikkan.

Pemberitahuan melalui platform media sosial dan di stesen televisyen yang ada sekarang mungkin tidak mencukupi memandangkan ia hanya diletakkan dalam rupa angka dan tulisan yang kecil di penjuru saluran televisyen yang mana orang ramai tidak ambil kisah pun akan kewujudan statistik berkenaan.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah saban hari muncul di televisyen dalam sidang media khas memaklumkan jumlah jangkitan terbaharu dan keadaan terkini pandemik COVID-19 di Malaysia.

Saluran televisyen khas itu boleh memaparkan makluman yang konsisten berkaitan angka jangkitan terkini, makluman tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta langkah-langkah mengikuti SOP yang lebih terperinci dan mudah difahami.

Satu medium alternatif perlu untuk digunakan untuk menyalurkan semua maklumat penting supaya orang ramai sentiasa mengingatinya dan tidak alpa untuk mengamalkan kehidupan mengikut norma baharu.

Ini kerana, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pun sudah menyatakan bahawa COVID-19 tidak akan tamat selagi vaksin tidak ditemui dan orang ramai perlu hidup dengan ada COVID-19 dalam komuniti setiap hari.

Semalam, sebanyak 563 kes jangkitan baharu COVID-19 dilaporkan dengan hampir seluruh negara sudah merekodkan kes tinggi jangkitan pandemik itu.

Esok, seluruh Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya akan mula berada dalam tempoh PKP Bersyarat selepas pelaksanaannya diumumkan Menteri Kanan (Pertahanan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kelmarin.

Jika diwujudkan, saluran khas televisyen berkenaan boleh menayangkan adegan lakonan bagaimana mematuhi SOP sebenar setiap hari seperti untuk ke pejabat, ke kedai makan, ke stesen minyak, ke bank, ke pasar dan lain-lain bagi memberikan kefahaman yang jelas kepada rakyat bagaimana SOP berkenaan dipraktikkan.

BACA JUGA : PKPB Di KL, Selangor Dan Putrajaya Mulai 14 Oktober

Paparkan juga cara untuk menasihati orang lain untuk menjaga penjarakan fizikal bagi memastikan misi negara untuk memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 dapat dicapai dan rakyat boleh kembali hidup secara normal.

Kerajaan pasti boleh berbincag dengan Astro untuk mewujudkan saluran berkenaan yang mana ia sudah pasti akan kekal untuk satu tempoh yang agak panjang selagi pandemik ini tidak berkesudahan.

Orang ramai boleh menghabiskan masa sepanjang PKPB jika dilaksanakan untuk mengambil maklum tentang semua SOP dan lebih arif tentangnya sekaligus mengamalkan SOP dengan lebih baik. – Sepatah Dua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *