October 3, 2023

Tindakan Pulang Ke Kampung Bawa Bahaya – Dr Noor Hisham

1 min read

PUTRAJAYA, 10 Ogos -- Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media harian di Kementerian Kesihatan berkaitan perkembangan terkini COVID-19 hari ini. ?Katanya sebanyak 11 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan setakat tengah hari tadi sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kes yang positif di negara ini sebanyak 9,094 kes. Sementara itu, yang telah pulih ialah sebanyak 19 kes dan tiada kes kematian akibat jangkitan itu direkodkan hari ini dengan jumlah kumulatif kematian sebanyak 125 kes.?--fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA?

“Pulang ke kampung bahaya, kita tidak pasti sama ada kita pembawa virus.

“Sepatutnya kita melindungi orang tua di kampung kerana usia mereka lebih terkesan dengan jangkitan,” itu peringatan diberi Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau memberi reaksi itu sebagai peringatan kepada penduduk di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), khususnya di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor supaya tidak melakukan pergerakan rentas daerah dan negeri sebelum arahan itu dikuatkuasakan tengah malam ini.

Dr Noor Hisham turut menggesa masyarakat di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor untuk duduk di rumah dan hanya keluar jika perlu.

“Kalau terpaksa keluar, pastikan mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan iaitu memakai pelitup muka dan penjarakan fizikal kerana amalan itu dapat memutuskan jangkitan penularan antara 82 hingga 85 peratus,” katanya pada sidang media yang disiarkan secara langsung di media sosial, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) boleh dilaksanakan semasa tempoh PKPB di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor.

Bagaimanapun, katanya, PKPD hanya akan membabitkan lokaliti mempunyai kes Covid-19 yang tinggi.

“Kita akan kenal pasti sesuatu lokaliti yang ada peningkatan kes. Kaedah kita adalah bersasar kepada lokaliti tertentu.

“Walaupun dalam tempoh PKPB, kita juga boleh melaksanakan PKPD di lokaliti berkenaan untuk kita kawal dan saring semua yang berada di lokaliti itu termasuk bukan warganegara.

“Kita akan menggunakan kaedah pengesanan kes dan kontak rapat. Individu yang positif akan diasingkan dan diberi rawatan di hospital,” katanya dalam sidang media secara virtual itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *