October 3, 2023

Harap Si Caller Scammer Pun Akan Dapat Ditangkap, Mereka Yang Paling Menyakitkan Hati

3 min read

Dalam gerakan membanteras Macau Scam atau sindiket penipuan apa pun, orang ramai berharap individu yang bercakap di telefon yang bercakap dengan nada selamba menipu mesti diberkas dan diberikan hukuman yang setimpal juga kerana mereka tidak ada belas kasihan.

Kepala scammer sudah tentu menyakitkan hati, lebih menyakitkan hati orang suruhan yang peranan mereka menelefon orang ramai, buat cerita menipu sehingga mangsa mengeluarkan wang di dalam akaun atau membuat pembayaran tanpa sedar sudah dikelentong.

Paling menaikkan marah ialah apabila cubaan mereka menipu dah diketahui dan orang yang ditelefon cuba memarahi dan menasihati scammer, ada yang berlagak dengan mengatakan bahawa mereka sudah pun berjaya mendapat ribuan ringgit menipu orang lain dan tidak akan terus berhenti melakukan kerja terkutuk itu.

Jangan berbangga jika dapat kantoikan scam mereka sebab mereka sebenarnya dah dapat beribu ringgit lagi dari mangsa lain, sebab itu mereka jadi angkuh dan berlagak bila kita bercakap seolah-olah kita dah kantoikan mereka, mereka akan layan sebab mereka tidak akan rasa rugi pun disebabkan ramai dah mangsa ditipu.

Lucu sebenarnya, bila mereka sungguh-sungguh menyamar sebagai pegawai pihak berkuasa, petugas kerajaan dan juga pegawai bank kerana gaya ceritanya memang tak logik dan tidak munasabah.

Pada permulaan sudah kantoi penipuan mereka, kerana mereka menggunakan mesin operator untuk kononnya menyuruh mangsa menekan butang “0” sebelum kemudian panggilan itu disambung kepada mereka dan mereka tidak tahu pun siapa yang menelefon sebenarnya.

Mereka sebenarnya tidak ada butiran mangsa pun. Itu sebabnya, bila mangsa menipu balik dengan memberikan butiran diri yang palsu seperti nombor kad pengenalan tidak betul, mereka akan mengatakan ia butiran benar dan ada kes atau masalah melibatkan pihak berkuasa tertentu.

https://www.facebook.com/watch/?v=1102058076875805

Apa yang mereka ada sebenarnya hanya nombor telefon anda sahaja.

Kemudian, jika penipuan mereka berjaya, mereka akan cuba dapatkan nombor akaun anda dan nombor kod transaksi apabila sudah sampai di penghujung kerja penipuan itu.

Ada satu perbualan yang dikongsikan di laman YouTube, scammer di hujung talian berbangga kerana berjaya menipu dan melabelkan mangsa sebagai bodoh dek kerana begitu senang menyerahkan wang beribu ringgit selepas termakan dek penipuan mereka.

Dalang Macau Scam yang ada gelaran Datuk sudah ditangkap tapi si tukang buat panggilan bila? Harap mereka juga akan dapat diberkas.

Orang ramai sudah pun berpuas hati, apabila para dalang Macau Scam ini sudah pun diberkas tetapi pusat panggilan atau mereka yang membuat panggilan, bila hendak ditangkap dan diberkas. Diharapkan tindakan berkenaan dapat diambil tidak lama lagi dan mereka pun ditangkap.

Kerana jenayah penipuan dilakukan oleh mereka secara langsung.

BACA JUGA : 4 Cawangan Bubblebee Ditutup, Akan Dibuka Semula Oleh Bos Baru

Kalau boleh cerita tentang suspek yang ditangkap terlepas lari dek panjat pagar tidak mahu kedengaran lagi sebab orang ramai bukannya tidak pandai membuat pemerhatian dan menilai.

Ada sesetengah kes yang nampak besar tapi pihak berkuasa dapat menangkap mereka dengan cepat tapi ada kes yang nampak mudah tapi sampai sekarang tidak dapat dikesan.

Jangan berbangga jika dapat kantoikan scam mereka sebab mereka sebenarnya dah dapat beribu ringgit lagi dari mangsa lain, sebab itu mereka jadi angkuh dan berlagak bila kita bercakap seolah-olah kita dah kantoikan mereka, mereka akan layan sebab mereka tidak akan rasa rugi pun disebabkan ramai dah mangsa ditipu.

Buatlah laporan polis beramai-ramai supaya semua kes dapat dikesan dan diambil tindakan. Kita berharap kes penipuan ini akan dapat dibanteras, betul-betul sampai mereka semua ditangkap dan dijatuhkan hukuman. – Sepatah Dua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *