September 28, 2023

Jika Rundingan Rancangan Penstrukturan Semula Gagal, Malaysia Airlines Akan Ditutup?

2 min read

Agak sedih apabila mendengar yang syarikat penerbangan Malaysia Airlines Berhad (MAB) akan ditutup operasinya selepas kegagalan dalam perniagaan dan kesukaran merekodkan keuntungan tambahan lagi pada masa pandemik COVID-19 melanda.

Bagi mereka yang lahir pada sekitar tahun 80-an sudah pasti kelibat pesawat MAB akan dilihat selalu ketika di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang dulu, dan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada masa ini.

Dikhabarkan, syarikat penerbangan itu akan ditutup jika rundingan dengan syarikat pajakan berhubung rancangan penstruturan semula gagal, demikian menurut Ketua Pegawai Eksekutif MAB, Izham Ismail.

Sebuah pesawat Malaysia Airlines Berhad mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

MAB berusaha mendapatkan kerjasama semua pihak terlibat supaya ia boleh terus ke fasa seterusnya iaitu memampankan perniagaan.

“Beberapa pemberi kredit menyokong rancangan syarikat itu, beberapa lagi tidak, dan yang lain belum buat keputusan.

“Malaysia Airlines perlu yakinkan mereka yang belum buat keputusan,” katanya dalam satu temubual bersama The Edge.

Ahad ialah hari akhir untuk pemberi kredit membuat keputusan, dan selepas itu MAB akan tentukan sama ada untuk teruskan rancangan penstrukturan semula itu atau melaksanakan “Plan B”, yang mungkin melibatkan ia menyerahkan sijil operator udara kepada syarikat baharu dengan nama lain, tambahnya.

MAB berusaha mendapatkan kerjasama semua pihak terlibat supaya ia boleh terus ke fasa seterusnya iaitu memampankan perniagaan.

“Penstrutkuran semula melibatkan beberapa peringkat dan kami belum dapat berkongsi lebih banyak maklumat pada masa ini,” menurutnya.

Beliau berkata Malaysia Aviation Group, syarikat induk bagi syarikat penerbangan nasional itu, berpuas hati dengan tahap sokongan yang ia terima daripada pemberi pajak dan yakin ada mekanisme perundangan yang wajar sekiranya sokongan itu tidak universal.

BACA JUGA : Tak Bermoral & Kurang Sopan, Pakistan Haramkan Terus Tik Tok

Agensi berita Reuters semalam melaporkan sekumpulan syarikat pajakan menolak rancangan penstrukturan yang diketengahkan Malaysia Airlines, memetik beberapa orang yang tahu tentang perkara itu dan surat daripada sebuah firma undang-undang London.

Syarikat penerbangan itu, milik penuh Khazanah Nasional Bhd, awal bulan ini mengumumkan ia sedang menjalankan penstrukturan segera yang melibatkan rundingan semula dengan pemberi pajak, kerana ia tidak nampak tanda-tanda pandemik akan reda.

Syarikat itu memotong gaji pengurusan dan juruterbang, menawarkan cuti tanpa gaji kepada kakitangan, dan cuba mendapatkan penangguhan bayaran dan rundingan semula kontrak sejak Mac. Ketika ini ia sedang mengkaji semula rangkaian dan rancangan angkatannya. – Sepatah Dua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *