December 8, 2023

Apakah Maksud Sebenar Rekreasi?

2 min read

Oleh Mohamad Khairi Alwi

Secara amnya, terdapat beberapa pendapat di dalam literasi sedia ada berkaitan asal usul perkataan REKREASI.

Majoriti penerbitan dalam bidang ini menggunakan perkataan Latin ‘recreare’ dan ‘recreatio’ bagi menjelaskan asal-usul perkataan tersebut. Namun begitu, ada juga naskah-naskah penerbitan yang turut menggunapakai perkataan Perancis, ‘recreacion”.

Walaubagaimanapun, ketiga-tiga perkataan tersebut membawa maksud yang sama iaitu “sesuatu yang menyegarkan atau menyembuhkan, menghasikan sesuatu pembaharuan dari segi emosi & fizikal, penyembuhan, dan penyegaran semula”.

Rekreasi bermula dari motivasi dalaman (intrinsic motivation) dan keinginan untuk mencapai kepuasan diri (self-satisfaction), bukannya bergantung kepada ganjaran tertentu ataupun bagi mencapai matlamat ekstrinsik

Pada zaman kontemporari ini pula, kebanyakkan pengkaji ataupun penulis-penulis buku di dalam bidang ini mentakrifkan rekreasi sebagai satu bentuk aktiviti atau perolehan pengalaman yang mana berlaku di dalam waktu senggang (secara bersendirian ataupun berkumpulan), bercirikan keseronokan dan kebebasan, mendatangkan faedah kepada pelakunya, mempunyai tarikan unik (unique attractions) serta tidak dipengaruhi ganjaran (reward) ataupun keperluan serta-merta (immediate necessity).

Selain itu, sekiranya kita lihat dari perspektif yang lebih mendalam, pengertian perkataan rekreasi turut melibatkan elemen-elemen seperti berikut:

a) Rekreasi merupakan satu bentuk aktiviti yang “versatile” iaitu turut merangkumi kegiatan sosial dan penglibatan emosi serta tidak hanya tertumpu kepada aktiviti berbentuk fizikal semata-mata.

b) Rekreasi boleh wujud dalam pelbagai bentuk (diversity) termasuk sukan, permainan (games), persembahan muzik dan drama, perjalanan (travel), kraftangan, hobi dan aktiviti sosial.

Dengan kata lain, aktiviti rekreasi secara umumnya boleh dikelasifikasikan kepada 3 jenis yang utama iaitu aktiviti berdasarkan lokasi penglibatan (indoor / outdoor), aktiviti berdasarkan corak penglibatan (active / passive) serta daya tarikan penglibatan (resource-oriented / user-oriented).

BACA JUGA – Apakah Itu “RAMS”, Bagaimana “RAMS” Dihasilkan Dan Apakah Kepentingannya?

c) Rekreasi dilakukan secara sukarela (voluntary), tanpa melibatkan unsur-unsur paksaan dalam pemilihan aktiviti serta pengendaliannya.

d) Rekreasi bermula dari motivasi dalaman (intrinsic motivation) dan keinginan untuk mencapai kepuasan diri (self-satisfaction), bukannya bergantung kepada ganjaran tertentu ataupun bagi mencapai matlamat ekstrinsik.

e) Rekreasi turut bergantung kepada persepsi (perception) iaitu perasaan seseorang dalam melaksanakan sesuatu aktiviti serta apa yang diperolehi dan bukannya hanya berpandukan kepada apa yang dibuat atau mengapa ianya dilakukan semata-mata.

f) Rekreasi dari aspek pelaksanaan secara efektif turut dipengaruhi oleh faktor-faktor sokongan seperti sumber (resources), kemudahan, perkhidmatan, agensi, kepimpinan serta pengguna / peserta.

Dengan kata lain, agak bertentangan dengan pemahaman umum sebilangan kelompok masyarakat (terutamanya di Malaysia ini), perkataan REKREASI tersebut bukanlah semata-mata merujuk kepada kegiatan atau aktiviti lasak sahaja.

Ia lebih besar dan meluas dari itu sekiranya kita menyelami atau faham akan maksud sebenarnya, sebagaimana yang digunakan di dalam pengajian akademik dalam bidang ini.

Dari sudut kepentingan rekreasi pula, banyak penulisan ilmiah telah mengketengahkan aktiviti rekreasi sebagai gerak kerja yang mampu mendatangkan kesan atau output yang positif.

Faedah-faedah yg dimaksudkan di sini boleh dikelaskan kpd beberapa kategori seperti faedah kesihatan, psikologi (faedah kpd individu), sosial dan komuniti, ekonomi, serta persekitaran / alam semulajadi.

Mohamad Khairi Alwi

Penulis adalah Pensyarah Pengurusan Rekreasi dan Pelancongan STHEM, Universiti Utara Malaysia dan beliau juga merupakan Head of Initiative Working Group of Adventure Tourism Frontier (IWGTAF).

2 thoughts on “Apakah Maksud Sebenar Rekreasi?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *