September 24, 2023

Bila Ebit Lew Tolong, Bukan Tolong Biasa-Biasa Tapi Akan Beri Yang Luar Biasa

3 min read

Ada satu perkara yang membezakan Ustaz Ebit Lew dengan orang lain di negara ini iaitu jika beliau menghulurkan bantuan, beliau akan pastikan bantuan itu memberi faedah yang amat besar kepada orang yang ramai serta ia dibuat bersungguh-sungguh.

Hari ini, agak kecoh di media sosial apabila hantaran laman Facebook Ebit Lew yang dihasilkan kira-kira 13 jam lepas tentang bantuan memberikan bekalan air bersih kepada penduduk negeri Selangor yang mengalami masalah gangguan bekalan sejak semalam.

Masalah itu terjadi dek kerana pencemaran sumber air yang dikesan di Sungai Selangor awal pagi semalam.

Apabila Ebit Lew membantu, beliau akan bantu lebih lagi untuk memberikan kesan yang baik kepada lebih ramai orang.

Disebabkan itu, satu arahan untuk menghentikan operasi di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Rantau Panjang mengakibatkan gangguan kira-kira 1.1 juta pengguna di 1,292 kawasan sekitar Kuala Lumpur, Petaling, Klang dan Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.

Kesusahan penduduk di negeri Selangor mendapat perhatian Ebit yang dengan pantas bertindak melakukan sesuatu untuk membantu.

Kebiasaan, bantuan akan dilakukan sekadar cukup dengan satu lori tangki air ke kawasan tertentu atau sekadar ala-kadar sahaja tapi itu bukan cara Ustaz Ebit Lew.

Bagaimanapun, Ebit bertindak untuk membantu dengan lebih hebat lagi dengan membeli dua lori besar saiz treler tangki minyak untuk diagihkan di negeri itu.

“Sayu hati rasa… Selangor tiada air… Saya beli air dua lori besar untuk diagihkan.

“Dari 10 malam kami keluar rumah uruskan sampai subuh dan sekarang masih belum selesai mengagihkan air di area pinggiran Batu Caves,” kata Ebit dalam hantaran di laman Facebooknya.

Menurut beliau, apabila beliau sendiri melihat rumahnya tiada bekalan air, beliau akan cepat-cepat belikan air mineral untuk anak-anak dan kesusahan itu membuatkan Ebit terfikir akan kesusahan orang lain yang tidak mempunyai kemampuan seperti beliau.

BACA JUGA – RM1.7 Bilion Untuk Lawan COVID-19, Kerajaan Nak Tambah Lagi

“Saya fikir macam manalah orang diluar sana. Ya Allah. Sekali tengok orang beratur. Paling sayu pakcik makcik tua-tua nak air. Ada yang saya minta anak muda bersama saya bantu angkatkan.

“Ada adik kecil-kecil sangat datang ambil air. Untuk masak dan minum agaknya. Ya Allah. Bantulah semua negeri-negeri yang ada masalah air permudahkanlah ya Allah. Bukalah jalan buat kami semua.

“Pohon doa yer. Ramai sangat yang minta tolong. Ada pusat dialisis dan klinik pun memerlukan. InsyaAllah doakan semuanya dimudahkan,” luah Ebit.

https://www.facebook.com/ebitlewofficialpage/posts/3653483561348529

Jika Ebit membantu orang yang tidak ada rumah, beliau akan dapatkan rumah baru yang disewakannya sendiri lengkap dengan perabot serta kelengkapan elektrik baru supaya orang yang dibantu selesa.

Jika Ebit membuka kedai runcit, ada barangan yang dijual diberikan harga yang amat rendah untuk tempoh tertentu supaya ada orang yang tidak berkemampuan boleh mendapatkannya.

Jika Ebit membantu, semua benda akan beliau pastikan cukup supaya orang dibantu akan selesa dan tidak perlu menagih bantuan daripada sesiapa lagi.

Ustaz Ebit Lew berdiri depan satu daripada dua lori tangki yang dibeli khas untuk mengangkut air dan diagihkan kepada penduduk negeri Selangor.

Apabila Ebit Lew membantu, beliau akan bantu lebih lagi untuk memberikan kesan yang baik kepada lebih ramai orang. – Sepatah Dua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *