Pandang Pertama iPhone 12 Dan iPhone 12 Pro

Setiap kali Apple melancarkan model terbaru iPhone menerusi atur cara rasmi, pastinya syarikat ini akan memberi peluang kepada para wartawan serta mereka yang terlibat dalam atur cara untuk mencuba model iPhone yang tersedia.

Walau bagaimanapun, situasi sedikit berbeza pada tahun ini apabila dunia dilanda wabak COVID-19 sekaligus turut mendesak syarikat ini untuk meneruskan atur cara mereka secara atas talian membuatkan para wartawan perlu menanti seketika sementara siri iPhone 12 ditawarkan.

Terbaharu, tular sebuah gambar iPhone 12 dan iPhone 12 Pro dengan seleksi warna yang berbeza. Kehadiran gambar ini secara tidak langsung turut memberi gambaran kepada para peminat mengenai warna baharu yang diperkenalkan Apple serta dinantikan ramai iaitu Pacific Blue.

Untuk pengetahuan, sebanyak lima warna ditawarkan buat iPhone 12 manakala empat warna eksklusif ditawarkan buat iPhone 12 Pro dan Pro Max. Penyertaan LiDAR Scanner pada model iPhone 12 Pro antara perubahan terbaharu yang ditampilkan buat pertama kali pada iPhone.

Dari segi harga, Apple iPhone 12 bakal ditawarkan di Malaysia bermula harga RM3,399 bagi versi Mini manakala edisi biasa dengan saiz skrin 6.1-inci bakal hadir dengan tanda harga RM3,899.

Apple iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max mula masing-masing mula ditawarkan pada harga RM4,899 dan RM5,299. Setakat ini, masih belum diketahui bilakah siri iPhone terbaru ini bakal ditawarkan secara rasmi di Malaysia.

One thought on “Pandang Pertama iPhone 12 Dan iPhone 12 Pro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *