Hanya Kerana Enggan Bersalam Dengan Wanita, Lelaki Muslim Lubnan Ditolak Jadi Warganegara Jerman
2 min read
Seorang doktor lelaki Islam kelahiran Lubnan tidak berjaya mendapatkan status warganegara Jerman. Alasannya, hanya kerana enggan bersalaman dengan seorang pegawai wanita.
Walaupun sudah lulus prosedur untuk menjadi warganegara Jerman, doktor berkenaan gagal disebabkan perkara itu.
Menurut laporan portal Deutsche Welle, keputusan itu dibuat oleh sebuah mahkamah di Jerman pada Jumaat lepas atas alasan lelaki Muslim yang enggan berjabat tangan dengan wanita tidak layak diberi hak kerakyatan.
Hanya dengan sebab itu, tak dapat diberi kerakyatan. Kalau kita dalam negara yang sebegitu rupa, tak dapat kerakyatan pun tak kisah lah.
Mahkamah Baden-Wurttemberg (VGH) turut menetapkan bahawa seseorang yang enggan berjabat tangan kerana mengikut adat dan budaya serta melihat wanita berbahaya kerana boleh menaikkan syahwat sebagai tidak selari dengan amalan gaya hidup di Jerman.
Menurut doktor berusia 40 tahun yang berhijrah ke Jerman pada 2002 itu, beliau enggan berjabat tangan dengan wanita kerana mengikut perintah agama. Dalam agama Islam, haram bersentuhkan kulit dengan orang berlainan jantina yang bukan mahram.
Kejadian pada 2015 itu berlaku ketika pegawai wanita terbabit mahu menyampaikan sijil kewarganegaraan itu kepada doktor terbabit.
Susulan itu, doktor berkenaan mengemukakan permohonan di Mahakamah VGH.
Mahkamah juga menyifatkan budaya berjabat tangan sebagai ucapan selamat tinggal dan tanda perpisahan yang sudah diamalkan sejak berabad lamanya tanpa terikat pada satu-satu jantina saja.
BACA JUGA : Perancis Mahu Kes COVID-19 Cecah 3,000 Sehari
Hakim mendapati amalan berjabat tangan itu juga membawa makna tanda persetujuan antara dua pihak.
“Amalan berjabat tangan sudah berakar umbi dalam kehidupan sosial, budaya dan undang-undang yang membentuk cara kita hidup bersama,” katanya.
Justeru, mahkamah mendapati keengganan sesiapa untuk berjabat tangan dengan alasan jantina melanggar apa yang termaktub dalam Perlembagaan Jerman.
Tindakan itu juga kata mahkamah, memberi kesan kepada hubungan sosial antara lelaki dan wanita. – Sepatah Dua