Kluster Terbesar Selangor Merebak Ke Generasi Ke-6, KKM Ambil Langkah Tepat
1 min read
Kluster terbesar di Selangor, Kluster Utama kini telah berkembang sehingga generasi keenam.
Menurut kemaskini Kementerian Kesihatan (KKM), seramai 206 individu telah disahkan positif manakala 51 pesakit telah sembuh dan dibenarkan discaj.
Sehingga kini, seramai 882 individu telah disaring dengan 8 kes baru, menjadikan jumlah kes aktif kluster itu sebanyak 155 kes.

Dalam pada itu, Selangor pada 22 Okt mencatatkan 137 kes baharu melibatkan 59 kes dari kluster-kluster sedia ada termasuk kluster baharu iaitu kluster jambu.
55 kes dikesan dari saringan kontak rapat, 8 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi, 10 kes dari lain-lain saringan COVID-19, 4 kes import dari India dan 1 kes import dari Amerika Syarikat.
Kes sembuh bagi negeri Selangor setakat hari ini pula ialah sebanyak 109 kes.

Justeru, tepatlah saranan KKM yang diterajui Datuk Seri Dr. Adham Baba dengan dibantu Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah apabila mencadangkan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) agar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan ke seluruh Lembah Klang, terutama Selangor.
Ini membuktikan pandangaan Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Datuk Seri Amiruddin Shari sebelum ini yang hanya mahu mukim tertentu sahaja dikenakan sekatan adalah tidak signifikan. – Sepatah Dua