September 27, 2023

Putera Arab Akan Dibunuh Rakyat Sendiri Jika Berbaik Dengan Israel

1 min read

Putera Mahkota Arab Saudi Mohammad bin Salman (MBS) mendakwa dia akan dibunuh oleh Iran, Qatar dan rakyatnya sendiri jika Arab Saudi menjalinkan hubungan dengan Israel, kata jutawan Israel-Amerika Haim Saban.

Pada 15 September lalu, Bahrain dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) secara rasminya telah menjalin hubungan diplomatik dengan Israel apabila kedua-dua negara menandatangani Perjanjian Abraham di Washington.

Normalisasi kedua-dua negara Teluk dengan negara Yahudi berlaku setelah Presiden AS Donald Trump dan pentadbirannya menjadi orang tengah di sebalik perjanjian penuh bersejarah itu.

Seperti yang dilaporkan oleh HAARETZ, Putera Mahkota telah menerima ancaman bunuh baru-baru ini daripada negara luar dan rakyatnya sendiri. Menurut Saban, Riyadh tidak akan mengikuti langkah UAE dan Bahrain untuk menormalkan hubungan dengan Israel.

“Ia mungkin berakhir dengan putera mahkota dibunuh oleh Iran, Qatar, atau rakyatnya sendiri,” kata Saban.

Menurut laporan media antarabangsa, Putera Mahkota telah memberitahu Saban mengenai perkara terbabit ketika wawancara dengan Anggota Kongres Demokrat, Ted Deutch yang berlangsung secara dalam talian pada Rabu lalu.

Jutawan itu, yang terkenal sebagai penderma Parti Demokrat, juga memberitahu media bahawa kejayaan menandatangani perjanjian damai antara Israel, UAE dan Bahrain adalah usaha penasihat kanan yang juga menantu Presiden Donald Trump; Jared Kushner, dan pembantunya Avi Berkowitz, yang bekerja keras untuk melakukannya.

Kenyataan Saban ini hadir kira-kira seminggu setelah Setiausaha Amerika Syarikat Michael Pompeo mendesak Arab Saudi untuk mengikuti langkah Abu Dhabi dan Manama bagi menjalinkan hubungan diplomatik dengan Israel.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *