Nak Darurat Kesihatan, Tak Nak PRU15 – Netizen

Jumaat lepas, negara dikejutkan dengan spekulasi kononnya Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengumumkan perintah darurat.

Spekulasi itu telah menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen di media sosial.

Agak memeranjatkan apabila kebanyakan netizen cenderung untuk kerajaan mengisytiharkan darurat kesihatan berbanding melaksanakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Jawapan itu diperolehi oleh pengikut Astro AWANI menerusi pungutan suara yang dikendalikan di tiga platform media sosial, YouTube, Telegram dan Twitter.

Seramai 51,398 responden telah mengambil bahagian dalam pungutan suara yang berlangsung selama 24 jam itu.

Setakat pukul 10 malam Sabtu, 74 peratus memilih darurat kesihatan diisytiharkan, sementara 26 peratus memilih supaya PRU-15 diadakan.

Menurut seorang pengguna Twitter, Nurul Atika Rosli, Pilihan Raya Kecil (PRK) dan Pilihan Raya Negeri (PRN) juga tidak sepatutnya diadakan ketika ini.

Bagi Ummu Basit pula, darurat kesihatan lebih wajar diadakan demi keselamatan rakyat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *