Moratorium Mampu Kurangkan Beban Hutang Rakyat

Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan pada Jumaat ini mengambil kira beban individu dan perniagaan yang terjejas akibat Covid-19.

Justeru itu, kerajaan diminta agar Moratorium dilanjutkan dalam tempoh beberapa bulan lagi bertujuan untuk meringankan hutang rakyat.

Terdapat bank yang mampu lanjutkan moratorium

Menurut, Pensyarah Kanan Putra Business School Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff, bank-bank di negara ini, terutamanya bank-bank di bawah kerajaan seperti Agro Bank, masih berupaya memberikan moratorium.

Bukan itu sahaja, bank komersial juga dilihat mampu melaksanakan moratorium apabila 8 bank tempatan dilaporkan mencatatkan jumlah keuntungan sebelum cukai berjumlah RM35 bilion bagi tahun 2018 dan 2019.

Tingkatkan ekonomi digital

Tambahnya lagi, dalam Belanjawan 2021 ini kerajaan perlu memberi fokus dalam menawarkan peluang pekerjaan melalui ekonomi digital disamping menaik taraf kemahiran dan pengetahuan terutamanya bagi golongan muda.

“Mereka ini mempunyai pemikiran yang kreatif dan inovatif dan jika diberi peluang untuk menaik taraf kemahiran dan pengetahuan, mereka boleh menjana pendapatan melalui pekerjaan bukan tradisional, melangkaui sempadan negara asalkan ianya memberi nilai tambah ke atas industri sedia ada,” katanya.

Sumber : Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *