September 24, 2023

Individu Positif Covid-19 Dibenar Keluar Mengundi Di Amerika

1 min read

Pengundi yang dijangkiti Covid-19 dibenarkan mengundi pada pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) 2020, dengan syarat mematuhi langkah pencegahan dan keselamatan berdasarkan panduan dikeluarkan Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit (CDC) AS.

“Pengundi yang sakit atau menjalani kuarantin mesti mengambil langkah pencegahan untuk melindungi petugas dan pengundi lain.

“Ini termasuk memakai pelitup muka, menjaga jarak fizikal sekurang-kurangnya enam kaki (kira-kira 1.8 meter) dari orang lain dan membasuh tangan atau menggunakan pensanitasi tangan sebelum dan sesudah mengundi,” lapor Agensi Berita Sputnik memetik laman web CDC.

Mereka yang sakit atau dikuarantin juga perlu memaklumkan petugas pusat mengundi sebaik tiba di pusat berkenaan, kata CDC.

Pengundi juga dinasihatkan membawa pen dan pensanitasi tangan sendiri.

Lebih 9.3 juta kes positif Covid-19 didaftarkan di AS, tertinggi di dunia.

AS juga mempunyai jumlah kematian paling ramai di dunia, menyaksikan lebih 231,700 orang meninggal dunia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *