Kerana Mendakwa Diri Dah Menang, Trump Diberi Amaran Dari FB, Twitter
1 min read
FACEBOOK dan Twitter telah meletakkan label amaran pada semua post Donald Trump yang mendakwa beliau telah menang Pilihan Raya Presiden AS 2020 dan mengecam kononnya pihak Demokrat cuba ‘mencuri’ kemenangan itu.
Sejurus selepas beliau menyatakan demikian Facebook meletakkan label di bawah post Trump yang mengisytiharkan ‘menang BESAR’ dan beliau akan mengeluarkan kenyataan tentang perkara itu, lapor huffpost.com.

Label tersebut menjelaskan bahawa undi masih dikira dan belum pasti siapa yang menang dalam pilihan raya itu setakat ini.
Selanjutnya label tersebut menyatakan bahawa keputusan akhir mungkin berbeza daripada dakwaan kemenangan yang diunjurkan.
Trump juga membuat kenyataan yang sama melalui akaun Twitternya, justeru mengundang amaran daripada syarikat tersebut kerana memuat naik kenyataan palsu.

-BebasNews