Israel Telah Bunuh Lebih 46 Orang Wartawan Sejak Intifada Al-Aqsa
1 min read
Persatuan Wartawan Palestin semalam menyatakan rejim Zionis telah membunuh lebih 46 orang wartawan Palestin sejak bermulanya Intifada Al-Aqsa pada tahun 2000, menurut laporan agensi berita Anadolu.
Timbalan Ketuanya, Tahseen al-Astal memohn Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk memikul tanggungjawabnya dalam melindungi wartawan dan mendakwa pelakuan jenayah Israel terhadap wartawan Palestin.
“Kumpulan itu setiap tahun mengira antara 500 dan 700 serangan (Israel) dan jenayah terhadap wartawan Palestin dan sudah tiba masanya jenayah ini dihentikan dan mereka yang melakukan dan mengarahkannya perlu bertanggungjawab,” kata al-Astal dalam satu tunjuk perasaan di luar ibu pejabat PBB di Semenanjung Gaza di Gaza City pada Hari Antarabangsa Bagi Menamatkan Jenayah Terhadap Wartawan.
Katanya, pelanggaran Israel terhadap wartawan bertujuan untuk mendiamkan dan mencegah gambaran sebenar fakta media disampaikan kepada dunia berkaitan apa keganasan yang rejim itu lakukan.
Israel mempunyai sejarah yang banyak dan panjang dalam menjadikan wartawan sebagai sasaran untuk dibunuh.
Jawatankuasa untuk Melindungi Wartawan yang berpusat di New York merekodkan 17 kejadian wartawan yang disahkan terbunuh di Israel dan wilayah Palestin yang dijajah sejak 1992.
Daripada jumlah itu, 15 wartawan terbunuh oleh tembakan Israel.
Pada tahun 2014, Israel melakukan serangan besar-besaran terakhirnya di sempadan Gaza dan membunuh lebih 2,200 rakyat Palestin, ia adalah tahun paling berdarah buat wartawan di Palestin.