June 1, 2023

Kalau Anda Buat Pai Cantik Macam Pai Oleh Helen Nugent Ini, Sanggup Tak Makan?

2 min read

Jika anda dihidangkan dengan hidangan yang amat cantik, anda sanggup tak makan?

Mungkin anda akan tenung dalam beberapa ketika sebelum anda buat keputusan untuk memakannya.

Seorang pembuat pai dari Toronto, Kanada, Helen Nugent menghasilkan pai yang cantik dengan hasil yang memang padu serta buat anda susah hendak makan.

Beliau sebelum ini bekerja sebagai seorang pegawai perhubungan korportat tapi berhenti kerja untuk memberikan tumpuan kepada membuat pai.

Sekarang, Helen sudah terkenal di dunia sebagai antara salah seorang artis membuat seni hiasan pai. Beliau turut ada sebuah buku masakan sendiri serta sekarang bekerjasama dengan banyak majalah masakan termasuk saluran televisyen Food Network.

https://www.instagram.com/p/CGfck2dj4Cq/?utm_source=ig_web_copy_link

Semuanya bermula ketika beliau melihat satu gambar pai yang amat cantik di internet.

“Saya pada masa itu sedang ingin ke rumah kawan untuk makan malam dan terlihat gambar sekeping pai yang cantik dengan hiasan dedaun di laman Pinterest dan saya rasa saya juga boleh menghasilkan benda yang sama, sejak itu, saya terus membuat pai,” katanya menurut portal BHG.com.

BACA JUGA – Khabib Dapat RM25 Juta

Helen kemudian menghasilkan banyak pai dengan bermaca-macam jenis hiasan yang cantik, dari hiasan bertemakan geometri kepada hiasan bermotif floral.

Suaminya, Jim Brand menjadi jurugambar untuk menangkap gambar pai-painya yang cantik.

https://www.instagram.com/p/CEpAM4GjtDW/?utm_source=ig_web_copy_link
https://www.instagram.com/p/CAxwbStDHGf/?utm_source=ig_web_copy_link

Jika anda melihat Instagram Helen, entah-entah anda pun akan terasa hendak buat pai seperti beliau.

“Kerjaya saya sebelum ini adalah dalam bidang Komunikasi Korporat dan saya tak sangka saya akan melibatkan diri dalam kerjaya sebagai seorang pembuat pai.

“Saya juga sebelum ini sudah bosan dengan kerjaya lama dan ingin mencari arah tuju baru,” katanya yang dipetik Bored Panda.

Anda layanlah sahaja petikan Instagram Helen dan tengoklah painya yang cantik-cantik tu. – Sepatah Dua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *