Kerajaan Mesti Pantau Android Box TV, Filem Tidak Ditapis, Banyak Adegan Lucah Dan Kata-Kata Kesat
2 min read
Semakin mendapat sambutan sekarang ini, pembelian Android Box iaitu sejenis peranti yang membolehkan anda mendapat siaran televisyen dengan saluran yang banyak dari pelbagai negara boleh dikatakan hampir seluruh dunia.
Hanya dengan sekali bayaran dengan sambungan wi-fi di rumah, anda sudah boleh menonton televisyen sepuas hati anda dan tak perlu sesak fikiran untuk bayar bil stesen televisyen berbayar seperti Astro lagi.
Bagaimanapun, ada keburukan besar pada peranti Android Box ini yang pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KMM) mesti pantau dan jangan terlepas pandang.
Ini kerana kebanyakan siaran filem dan program ditayangkan melalui Android Box tidak disunting dan ditapis adegan seksual, ganas, tahyul serta ada program yang boleh menggugat kekuatan akidah orang Islam di Malaysia.
Kebanyakan Android Box ini dipasang di ruang tamu untuk kegunaan semua orang menonton televisyen, apabila kanak-kanak atau remaja bawah umur mereka ada akses yang bebas kepada semua filem berkenaan tanpa tapisan serta penggunaan kata-kata kesat di filem barat.
Bukan mempertahankan Astro atau mana-mana stesen televisyen tetapi apa yang ditayangkan di Astro sudah pun ditapis dan penggunaan kata-kata kesat dalam skrip filem turut ditapis jadi ibu bapa tidak menghadapi masalah untuk menonton filem bersama anak-anak.
Melalui televisyen Android Box, sukar untuk menonton filem khususnya dari barat kerana ada filem yang tidak menggambarkan penggunaan kata-kata kesat tapi apabila ditonton ada adegan yang tidak sesuai dan anak tertonton adegan sebegitu rupa.
Penjualan Android Box amat berleluasa sekarag ini dan boleh dilihat di semua pusat membeli-belah ada ruang menjual Android Box ini dan sesiapa sahaja boleh membelinya.
BACA JUGA – Umur 54 Tahun Baru Pertama Kali Saya Lihat Penyu Bertelur – Abdul Wahid Omar
Memang benar, orang ramai boleh menjimatkan banyak wang mereka selepas tidak perlu lagi membayar bil Astro beratus-ratus sebulan tetapi hanya membayar bil internet di rumah sahaja.
Jangan disebabkan kebaikan itu, keburukan yang besar yang boleh menyebabkan runtuhnya akhlak serta moral orang muda di negara ini jadi terlepas pandang.
Difahamkan ada terdapat logo SKMM atau MCMC di belakang Android Box berkenaan, tapi logo berkenaan diletakkan menandakan adakah perkara sebegini sudah diberikan perhatian? – Sepatah Dua