Orang Ramai Kusut Diganggu Syarikat Kutip Hutang, Ada Yang Biadab Bila Bercakap
2 min read
Selain kepala kusut memikirkan bagaimana hendak cari duit untuk membayar komitmen setiap bulan dan untuk menyara kehidupan, orang ramai turut serabut memikirkan bagaimana hendak berdepan dengan panggilan pemungut hutang yang berulangkali mengganggu.
Kebanyak institusi kewangan kini tak menjalankan aktiviti mengutip semula bayaran sendiri tetapi mengupah syarikat pengutip hutang untuk menelefon dan menuntut bayaran daripada peminjam. Tidak kiralah hutang kad kredit, hutang pinjaman peribadi, pinjaman kenderaan atau pun pinjaman yang sudah tertunggak.
Operator dari syarikat ini akan menelefon setiap hari dan mengganggu orang ramai dan seakan-akan tidak ada undang-undang yang mengawal apa yang mereka lakukan.
Jika ada pengawalan ke atas syarikat pengutip hutang, orang ramai mungkin boleh merancang untuk mencari wang dan kemudian untuk menjawab panggilan mereka serta berbincang bagaimana cara untuk menjelaskan pembayaran
Orang ramai sudah menjelaskan bahawa mereka tidak ada wang pun masih akan ditanya berkali-kali bila akan membuat pembayaran. Apabila bayaran gagal dibuat, mereka akan ganggu lagi.
Mungkin kerajaan boleh gubal undang-undang untuk kawal cara mengutip hutang untuk elak orang ramai dibelenggu kemurungan kerana diganggu oleh panggilan telefon yang sebegini rupa.
Ada pendapat yang mencadangkan dirangka undang-undang supaya hanya boleh menelefon dalam masa sebulan sekali sahaja iaitu hampir pada hujung bulan jika peminjam sudah menerima gaji dan boleh membuat pembayaran.
Pada masa sekarang, mereka boleh telefon pada bila-bila masa dan ada yang biadab apabila cuba diajak berbincag ekoran kekangan untuk membayar balik kerana pendapatan sudah terjejas.
Lebih-lebih lagi ketika semua orang sedang susah ketika dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ada yang kena cuti tanpa gaji, ada yang diberhentikan kerja dan ada yang syarikat tak mampu bayar gaji.
Harapan orang ramai untuk kerajaan membenarkan untuk keluarkan duit Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) RM10,000 secara one-off juga mungkin akan tidak dibenarkan.
BACA JUGA – Isu Keluar KWSP : Rakyat Kini Sedang Menanggung Beban Yang Tak Tertanggung
Jika ada pengawalan ke atas syarikat pengutip hutang, orang ramai mungkin boleh merancang untuk mencari wang dan kemudian untuk menjawab panggilan mereka serta berbincang bagaimana cara untuk menjelaskan pembayaran.
Bukan ramai orang yang betul-betul degil dan tak mahu bayar hutang. Kebanyakannya, hendak jelaskan tapi masih tak mampu. Siapa sahaja yang suka menanggung hutang dalam hidupnya? – Sepatah Dua