September 26, 2023

Biar Dikritik, Tapi Syahmi Sazli Sudah Angkat Filem Dengan Dialek Kelantan Pada Kehebatan Tersendiri

3 min read

Semalam, seorang Pengarah dan Penerbit Filem, Ellie Suriati memberikan kritikan kepada filem Mael Totey : The Movie (Mael Totey) arahan Personaliti Youtuber terkenal Kelantan, Syahmi Sazli sebagai tidak menepati standard penerbitan filem.

Beliau turut mengatakan bahawa kejayaan pembikinan filem itu yang berjaya kutip RM2.56 juta dalam masa empat hari ditayangkan tidak boleh dijadikan penanda aras untuk sebuah karya kreatif.

Berita Kenyataan Ellie Surati : Pembikinan Filem Mael Totey Masih Ketinggalan, Ellie Suriati Kata Tak Capai Standard

Agaknya kerana tidak boleh mengkritik pada kejayaan Syahmi, Ellie memilih untuk mengkritik bab teknikal walaupun pada asasnya, mutu filem berkenaan adalah bagus dengan shot-shot menarik dan kreatif diketengah oleh Syahmi.

Bukan sekejap, Syahmi bertapak dalam bidang penerbitan video, sudah lama sejak video yang diterbitkan tidak ditonton oleh sesiapa sehinggalah kini video buatannya akan ditonton paling kurang ratusan ribu kali dan selalu sangat videonya ditonton jutaan kali

Kalau Ellie, kritik Sepatah Dua Media akan sanjung Syahmi sebagai seorang rakyat Malaysia yang akan penerbitan filem Kelantan pada tahap yang amat tinggi sampai ada potensi untuk dikenali di mata dunia.

Kami percaya, ramai yang sudah menonton Mael Totey di rumah melalui saluran Astro First bukan? Mael Totey merupakan penceritaan penuh episod watak Mael di dalam vide-video YouTube Syahmi yang diangkat sebagai filem pada tahun ini.

Apa yang menjadi satu kejayaan ialah Syahmi mengangkat penceritaan tentang seorang lelaki Kelantan amat mahu mempelajari Bahasa Inggeris sehingga menggunakan bahasa antarabangs itu dalam sebahagian besar penceritaannya dalam dialog filem berkenaan.

Pelakon, Emaleen Minhad yang membawa watak Teacher Siti berjaya membawa watak berkenaan dengan dialog Bahasa Inggeris yang baik sehingga dialog akhir benar-benar menyentak hati kita dek betapa eloknya pertuturan Teacher Siti.

Tanpa dilupa di mana bumi Syahmi berpijak, ia diselang-seli oleh dialek Kelantang yang sudah dikenali unik seluruh Malaysia tetapi Syahmi mengambil cabaran watak Mael menerbitkan filem berkenaan.

Tidak dilupa juga, bagaimana Syahmi mengangkat mereka yang istimewa untuk sama-sama terlibat membintangi filem ini apabila dulu mula mengambil Asif dan Yoe Parey di dalam video terbitannya.

Pengarah dan Penerbit Mael Totey : The Movie, Syahmi Sazli (kiri) bersama Asif (tengah) dan Yoe Parey yang turut membintangi filem berkenaan. Foto Facebook Syahmi Syazli Production.

Sudah pasti, filem ini sudah ditonton ramai termasuk mereka yang bukan Melayu dek kerana dialog Bahasa Inggeris dipertuturkan hampir pada setiap babak dalam filem berkenaan.

Filem Mael Totey ialah sebuah filem dimana hubung kait antara episod di dalam video Mael Totey di Youtube disambungkan membuatkan penonton tahu apa yang terjadi sebenarnya antara episod berkenaan sebelum ini.

Jika ada seseorang yang mempromosikan filem Mael Totey The Movie di luar negara pasti bukan sedikit yang berminat untuk menontonnya. Sekaligus dapat bawa dialek Kelantan dan orang Kelantan di mata dunia. Siapa yang membawanya? Syahmi Syazli.

BACA JUGA : 5 Sebab Kenapa Anda Susah Nak Tidur

Bukan sekejap, Syahmi bertapak dalam bidang penerbitan video, sudah lama sejak video yang diterbitkan tidak ditonton oleh sesiapa sehinggalah kini video buatannya akan ditonton paling kurang ratusan ribu kali dan selalu sangat videonya ditonton jutaan kali.

Selepas Mael Totey, orang ramai sudah pasti tak lagi menunggu video Syahmi tetapi sekarang menunggu filem barunya pula yang sudah pasti mengagungkan bahasa dialek Kelantan di dalam penerbitannya. – Sepatah Dua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *