October 3, 2023

Bajet 2021 : TPN Bimbing Penggiat Industri Untuk Pelancongan Digital Selaras Galakan Digitalisasi Perniagaan

2 min read

Selaras dengan Bajet 2021 yang dibentangkan di Dewan Rakyat 6 November lepas, platform Tourism Productivity Nexus (TPN) mewujudkan program Malaysia Virtual Experience (MyVXp) sebagai satu program untuk membawa penggiat industri pelancongan ke arah dunia digital.

TPN malah menyediakan bimbingan dalam pelanconga secara digital kepada penggiat industri melalui Program Pementoran MyVXp : Pelancongan Tanpa Batasan.

Sehingga hari ini, Program Pementoran MyVXp telah berjaya memberikan latihan kepada hampir 800 penggiat industri pelancongan melalui sesi atas talian selama 10 jam menggunakan modul khas dengan sokongan penuh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).

Ia dibangunkan meliputi aspek inovasi produk pelancongan, segmentasi pasaran, kaedah promosi dan pemasaran, pembayaran digital dan penggunaan teknologi.

Ia juga telah melahirkan lebih 300 produk pelancongan secara ONLINE yang telah dipasarkan secara digital melalui platform kofkino.com, myvxp.com dan exploremalaysiavirtually.com.

Pakej-pakej yang amat segar ini juga akan dipasarkan melalui platform www.cepatbeli.com.

Ketua Pengarah MPC Datuk Abdul Latif Abu Seman berkata teknologi dan digitalisasi adalah pemangkin produktiviti.

“Peruntukan untuk aspek ini dalam Belanjawan 2021 adalah amat tepat dengan situasi semasa dan masa depan.

“MPC akan terus menyokong usaha transformasi perniagaan ke arah ekonomi berpendapatan tinggi melalui automasi dan pendigitalan yang membawa kepada produktiviti jangka panjang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagi Peneraju TPN Uzaidi Udanis, beliau berkata walaupun belanjawan baru-baru ini tidak menjurus kepada menangani cabaran sebenar industri pelanconganyang amat terkesan dengan pandemik COVID-19, satu peluang yang dilihat boleh direbut ialah aspek penggunaan teknologi dan digitalisasi perniagaan.

TPN, melalui Malaysia Virtual Experience (MyVXp), telah memulakan usaha ini, dan akan mengukuhkan penyampaian program ini agar ia dapat membantu para pemain industri menjana pendapatan dalam situasi yang amat mencabar ini,” katanya. – Sepatah Dua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *