Menteri Agama Doa Salah Sembuh

Berita mengenai penyerang skuad Liverpool, Mohamed Salah positif Covid-19 mengejutkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Pasti semua tahu bahawa Zulkifli adalah peminat tegar pasukan bola sepak Liverpool termasuk barisan pemain yang membarisi skuad berkenaan.

Zulkifli menerusi laman sosial Facebook dan Twitter sempat mendoakan kesembuhan pemain berasal dari Mesir itu.

“Menjadi kelaziman hujung minggu jika ada masa lapang, saya menonton Astro Arena.

“Agak terkejut bila tahu Salah positif Covid-19. Saya doakan beliau segera sembuh,” katanya melalui laman sosialnya.

Katanya, beliau juga berharap agar skuad Harimau Malaya turut dipelihara daripada sebarang musibah, kekal sihat seperti seadanya.

Pada hantaran sama, Zulkifli turut berkongsi doa ringkas untuk diamalkan umat Islam bagi menghindar dari sebarang penyakit berbahaya.

Berita terkini mengenai Salah itu disahkan Persatuan Bola Sepak Mesir (EFA) dalam satu kenyataan, semalam.

Salah adalah pemain ketiga Reds dijangkiti Covid-19 selepas Sadio Mane dan Thiago yang sudah sembuh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *