Kajian : Warga KL Keempat Paling Terbeban Kerja Di Dunia

Pekerja di bandar raya Kuala Lumpur dilaporkan antara yang mempunyai waktu bekerja paling lama dan banyak menghabiskan masa berulang-alik ke tempat kerja berbanding penduduk di bandar lain di seluruh dunia.


Kajian yang dijalankan oleh syarikat teknologi mudah alih, Kisi berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) mendedahkan, ibu kota Malaysia itu berada di tangga keempat tertinggi bagi lima bandar raya paling terbeban dengan kerja.


Selain itu, Kuala Lumpur turut berada di tangga keempat bagi minimum hari percutian iaitu selama lapan hari.

Hong Kong, China berada di ranking pertama sebagai bandar yang paling terbeban dengan kerja diikuti Singapura di ranking kedua, Seoul, Korea Selatan (ketiga) serta Tokyo, Jepun di tangga kelima selepas Kuala Lumpur.

Kajian tersebut turut mendedahkan Kuala Lumpur berada di tangga ke-47 daripada 50 bandar metropolitan terbaik untuk keseimbangan dalam pekerjaan.


Dalam kajian sama pada tahun lalu, Kuala Lumpur berada di kedudukan terbawah iaitu ke-40 dari segi keseimbangan dalam pekerjaan.


Bagaimanapun, Kuala Lumpur bukan satu-satu bandar dari negara Asia yang berdepan keadaan tersebut apabila menyaksikan Seoul berada di kedudukan paling bawah bagi keseimbangan dalam pekerjaan.


Manakala, negara jiran iaitu Singapura dan Bangkok, Thailand masing-masing berada di kedudukan ke-41 dan ke-43.


Menerusi laman web getkisi.com, kajian itu dijalankan berdasarkan 19 perkara yang diletakkan dalam empat kumpulan iaitu intensiti kerja, perkhidmatan sosial dan institusi, kemampuan kehidupan bandar serta COVID-19.


Jelas kajian tersebut, indeks tersebut bukan bertujuan untuk menunjukkan kemampuan sesebuah bandar atau menonjolkan bandar terbaik untuk bekerja.


Sebaliknya, ia sebagai indikasi terhadap kemampuan sesebuah bandar untuk memberikan keseimbangan kerja-kehidupan.


Dalam kajian itu, lima bandar yang berada di kedudukan paling seimbang dalam bekerja adalah Oslo, Norway; Helsinki, Finland; Copenhagen, Denmark; Hamburg serta Berlin, Jerman.


Bagaimanapun, bagi kategori COVID-19, Kuala Lumpur berada di tangga ke-13, selain di kedudukan kelima bagi unjuran penganguran terendah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *