September 24, 2023

Biar Kita Sesat Dulu Terima Pendekatan Gila-Gila, Untuk Cari Idea Baharu Pelancongan – Uzaidi Udanis

3 min read

Pengerusi Nexus Produktiviti Pelancongan (TPN) Uzaidi Udanis mengajak para penggiat industri pelancongan sekarang ini meluaskan idea dan pemikiran untuk mencari idea baru yang benar-benar unik dan berbeza dengan pendekatan lain dari yang lain tidak seperti industri pelancongan yang kita kenali dahulu.

Biar kita sesat dulu, untuk cari idea baharu,” katanya hari ini ketika berucap secara atas talian kepada peserta program Inbound Tourism Bootcamp (ITB) Lenggong, Perak yang bermula hari ini.

Untuk julung kali, program yang sudah diadakan sebanyak 15 edisi sejak 2019 di seluruh negara diadakan secara maya hari ini kerana kekangan perjalanan banyak pihak kerana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikenakan di Lembah Klang yang melarang pergerakan merentas negeri.

Uzaidi berkata biarlah semua pihak memerah otak untuk memikirkan idea yang gila-gila tetapi ia memberikan pengalaman berbeza dan amat unik di Lenggong seterusnya ia boleh dipasarkan di peringkat antarabangsa

Beliau yang juga Presiden Majlis Pelancongan Malaysia berkata ITB pada kali ini diadakan dengan fokus mewujudkan produk baharu pelancongan di Lenggong yang memberikan pengalaman baharu kepada pelancong tempatan kerana sempadan negara masih ditutup ekoran pandemik COVID-19.

Pengerusi TPN, Uzaidi Udanis (kanan, dua dari atas) turut sama mengikuti program ITB Online Lenggong hari ini selepas menyampaikan ucapannya kepada peserta program itu.

Kita kena fikirkan produk yang bersifat di luar kotak, bukan hanya berbeza tapi produk yang boleh dipasarkan dengan cara baharu iaitu secara online, kerana sekarang pergerakan pelancong tempatan pun amat terhad kerana ada negeri dikenakan PKPB.

Para pemain industri mesti lupakan apa cara lama yang kita (pemain industri) pernah belajar dulu dan buka ruang seluasnya untuk belajar perkara baharu yang amat berbeza yang sesuai dengan keadaan penularan wabak COVID-19 ini,” katanya.

BACA JUGA – Delegasi Tourism Productivity Nexus Terima Anugerah Penarafan Tertinggi 3 Bintang Bagi Program ITB Di Bali, Indonesia

Uzaidi berkata biarlah semua pihak memerah otak untuk memikirkan idea yang gila-gila tetapi ia memberikan pengalaman berbeza dan amat unik di Lenggong seterusnya ia boleh dipasarkan di peringkat antarabangsa.

Pada sesi ITB Lenggong hari ini, peserta yang terdiri daripada 10 orang penggiat industri pelancongan turut diperkenalkan dengan platform persembahan digital pelancongan iaitu Malaysia Virtual Experience (MyVXp) yang dicetuskan oleh TPN dengan sokongan kuat Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).

Program ITB ke-16 di Lenggong, Perak diadakan buat pertama kali secara online.

Di akhir sesi ITB, ada beberapa tajuk persembahan online MyVXp yang amat unik dan orang ramai pasti tidak sabar untuk menikmati persembahan MyVXp berkenaan apabila semua sudah siap sedia nanti.

Antara tajuk yang menarik ialah :-

  • Legasi Bukit Bunuh
  • Misteri Tanjak Lenggong
  • Piranha Di Lenggong
  • Lenggong Fish Tale
  • The Untold Story Of Pattani in Lenggong

Tajuk-tajuk ini akan diperkemaskan lagi dengan jalan cerita, persembahan yang menarik menggunakan pelbagai elemen untuk menjadikan ia begitu mengujakan orang ramai untuk menonton perkongsian secara online.

Latihan serta persediaan para penggiat industri akan diberikan oleh pihak TPN melalui mentor-mentor terpilih yang pakar dalam bidang mereka sendiri. ITB Lenggong dikelolakan oleh dua orang daripada mentor MyVXp, Muzammil Mardzuki dan Isvaran Ramasamy.

Peserta ITB Lenggong mengikuti program secara online tetapi tetap mematuhi dan mengikuti SOP yang ditetapkan ekoran pandemik COVID-19.

Para peserta ITB Lenggong berkomunikasi secara langsung dengan penganjur di Kuala Lumpur dari satu daripada tumpuan pelancongan di Lenggong iaitu Lenggong 360 Guesthouse iaitu tumpuan pelancong untuk penginapan rumah tamu. ITB Lenggong akan diadakan dalam 3 sesi iaitu hari ini, 27 November dan pada 30 November akan datang. – Sepatah Dua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *