Apakah Pendekatan Yang Boleh Digunakan Bagi Menganjurkan Sesuatu Program Atau Aktiviti?
4 min read
Oleh Mohamad Khairi Alwi
Bagi seseorang penganjur program rekreasi dan kembaraan komersil, antara persoalan utama yang sering bermain di minda ialah ‘bagaimanakah untuk menganjurkan sesebuah program and program apakah yang paling sesuai/relevan untuk dianjurkan?’
Ada beberapa pendekatan yang boleh kita rujuk dan adaptasi dalam menentukan bentuk sesuatu program yang ingin kita anjurkan. Pendekatan-pedekatan yang dimaksudkan tersebut adalah seperti berikut:
1) Pendekatan “TRADITIONAL” – kita “replicate” atau laksanakan sesuatu aktiviti yang pernah atau kerap dilaksanakan oleh mana-mana penganjur pada masa lepas, terutamanya program-program yang telah terbukti kejayaannya. Secara asasnya, kita laksanakan semula sama seperti yang terdahulu tersebut (menggunakan modus operandi pelaksanaan yang sama).
Pendekatan “VARIATION” – kata kunci di sini adalah “variety” atau kita rancang dan tawarkan pelbagai pilihan aktiviti (yang mana kebiasaannya wujud dalam bentuk pakej) kepada “potential clients” untuk mereka pilih dan sertai berdasarkan citarasa mereka sendiri
Namun begitu, kita boleh tambahbaik beberapa aspek pelaksanaan tertentu mengikut acuan kita sendiri (bagi tujuan mengketengahkan imej organisasi kita atau menghasilkan sedikit kelainan) tetapi majoriti tindakan atau kaedah pelaksanaannya adalah sama seperti “previous succesful programmes” yang kita rujuk.
2) Pendekatan “CURRENT PRACTICES” – kita anjur sesuatu aktiviti atau program berdasarkan trend, keperluan, kehendak, teknologi ataupun konsep penglibatan terkini. Terdapat banyak aspek atau perspektif terkini yang boleh dilihat dalam pelaksanaan aktiviti rekreasi dan pelancongan kembaraan pada masa kini.
Kata kuncinya di sini ialah kita kena kenalpasti secara spesifik kehendak atau keperluan yang paling dikehendaki (serta konsep penglibatan yang paling “trendy”) supaya jumlah penyertaan akan meningkat apabila kita menawarkan program kita kelak. Bagi tujuan ini, kita perlulah melakukan sedikit “homework” – kajian ringkas atau survei tentang apa yang penggiat perlukan/idamkan pada masa kini.
Output survei “contemporary needs” inilah yang kemudiannya dijadikan rujukan utama bagi menentukan jenis dan konsep penganjuran sesuatu aktiviti atau program.
3) Pendekatan “EXPRESSED DESIRES” – kita rancang atau anjurkan sesuatu aktiviti berdasarkan permintaan dan kehendak spesifik “potential clients” kita. Aktiviti tersebut tidak semestinya aktiviti-aktiviti yang bersifat kontemporari (mungkin permintaan untuk aktiviti yang agak ‘old school’), tetapi itu yang diminta, itulah yang kita anjurkan.
Perhatian mendalam perlu diberikan kepada setiap permintaan “potential clients” bagi memastikan pelaksanaan program tersebut berjalan lancar, menepati kehendak dan mampu untuk mendorong “repeat participation” serta rekomendasi secara “positive words-of-mouth” (kaedah promosi yang paling murah terhadap produk atau servis yang ditawarkan oleh organisasi kita).
BACA JUGA – Apakah Maksud Sebenar Rekreasi?
4) Pendekatan “AUTHORITARIAN” – kita anjur aktiviti atau program berdasarkan “judgment”, minat atau kemahiran professional kita sendiri. Kita mungkin ada konsep atau jenis aktiviti yang sememangnya kita pakar dan dirasakan menarik untuk diketengahkan / dipromosikan kepada masyarakat atau “potential clients” kita, jadi kita tawarkan program tersebut.
Pendekatan ini sangat berkesan terutamanya apabila kita mempunyai hasrat untuk mendapatkan “niche & specific market segments” dan bagi mempromosikan ciri-ciri unik berkaitan penganjuran program oleh organisasi kita – masyarakat penggiat atau “clients” akan ingat kita berdasarkan aktiviti unik atau program kemahiran spesifik yang kita tawarkan tersebut.
5) Pendekatan “VARIATION” – kata kunci di sini adalah “variety” atau kita rancang dan tawarkan pelbagai pilihan aktiviti (yang mana kebiasaannya wujud dalam bentuk pakej) kepada “potential clients” untuk mereka pilih dan sertai berdasarkan citarasa mereka sendiri.
Pendekatan ini menyerupai pendekatan yang biasa dilakukan oleh “travel agents” dlm pengoperasian perniagaan berasaskan pelancongan. Bagusnya pendekatan ini ialah ianya menawarkan kepelbagaian dalam penawaran aktiviti/program, memberi kebebasan untuk “potential clients” memilih sendiri aktiviti yang mereka minat untuk sertai serta mampu membuka peluang pasaran yang lebih luas apatah lagi sekiranya aktiviti-aktiviti atau pakej-pakej yang kita tawarkan itu disesuaikan dengan setiap segment pasaran (contohnya, aktiviti untuk kanak-kanak, remaja, pelajar, dewasa, warga emas, keluarga, golongan istimewa dan sebagainya).
Kepelbagaian dari perspektif ini juga boleh wujud dari sudut kategori aktiviti itu sendiri iaitu darat, air, udara atau gabungan antara ketiga-tiga kategori tersebut.
6) Pendekatan “PRESCRIPTIVE” – kita anjurkan aktiviti/program yang khusus bagi mencapai sesuatu objektif spesifik seperti “team building”, peningkatan disiplin, penyelesaian alternatif terhadap gejala-gejala sosial yang sedia wujud, merapatkan ukhuwah, menyampaikan sesuatu ilmu baharu dan sebagainya.
Kita fikir, hasilkan “educated guess”, rancang perjalanan program berdasarkan objektif yang ingin dicapai dan tawarkan kepada “potential clients” tertentu (yang dirasakan bersesuaian dengan aktiviti yang telah kita rancang tersebut). Kemungkinan penyertaan berdasarkan pendekatan ini juga adalah tinggi kerana memang wujud segmen pasaran tertentu atau “potential clients” yang sememangnya menginginkan atau tertarik akan output akhir aktiviti/program tersebut.
Jadi, aktiviti atau program apa yang lebih sesuai untuk ditawarkan? – jawapannya ialah “there’s no an absolute answer!”…… tepuk dada, tanya selera kita & “potential clients”. Kita boleh pilih dan fokuskan pelaksanaan kita dari salah satu pendekatan yang disenaraikan di atas atau gabungkan beberapa pendekatan yang kita rasakan relevan berdasarkan pertimbangan kita serta kehendak “potential clients” itu sendiri.
Semoga bermanfaat dan dapat memberikan sedikit rujukan untuk membentuk halatuju penawaran program/aktiviti seperti yang diinginkan (khususnya kepada mana-mana penganjur program yang memerlukannya serta mana-mana usahawan rekreasi dan pelancongan kembaraan yang mungkin sedang memikirkan inisiatif perniagaan baharu untuk dipromosikan).
Mohamad Khairi Alwi
Penulis adalah Pensyarah Pengurusan Rekreasi dan Pelancongan STHEM, Universiti Utara Malaysia dan beliau juga merupakan Head of Initiative Working Group of Adventure Tourism Frontier (IWGTAF).