June 1, 2023

Gadis Muda Kini Ada Saluran Untuk Berbual Untuk Suarakan Pendapat

2 min read

Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) membuka peluang untuk gadis berusia 12 hingga 18 tahun untuk bercakap tentang apa sahaja isu atau kerisauan yang mereka ada melalui satu platform saluran perbualan.

Pegawai Pembangunan Kapasiti WAO, Hannah Reshma Jambunathan berkata, Malaysia tidak ada banyak perkhidmatan sokongan untuk gadis muda, khasnya daripada masyarakat yang terpinggir dan gadis muda sering diabaikan kerana berat sebelah terhadap umur dan jantina mereka.

“Mereka layak mendapat peluang dan tumpuan untuk membuat keputusan serta perubahan.

“Dengan membenarkan gadis menjadi fokus untuk berkongsi pendapat mereka, dan mendengar serta menghormati apa yang mereka mahu katakan, kita boleh memperkasakan gadis ini, dan terus menormalkan pendekatan berdasarkan hak untuk perubahan sosial bagi gadis kita,” katanya yang merupakan Moderator saluran berkenaan yang dikendalikan menggunakan aplikasi Discord.

Inisiatif itu adalah sebahagian daripada rangkaian yang dikenali sebagai “Girls Takeover!” ditubuhkan WAO pada bulan April lepas ketika dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Hannah berkata, topik perbincangan dalam saluran Discord meliputi rutin harian dan sambutan kekeluarga sehinggalah politik tempatan.

Lebih 70 gadis menyertai rangkaian itu setakat ini, dan WAO menyasarkan sekurang-kurangnya 200 gadis menjelang Disember. Gadis berusia 12 dan 18 tahun bebas menyertainya, selepas borang persetujuan ditandatangani ibu bapa atau penjaga.

“Rangkaian kami agak pelbagai, majoriti gadis datang dariada masyarakat terpinggir. Ada yang menghidap HIV dan yang lain, kelainan upaya. Kami juga mempunyai beberapa gadis daripada komuniti pelarian,” katanya.

Beliau berkata, Mereka bercakap mengenai isu seperti hak pendatang asing dan pelarian, penderaan seksual kanak-kanak dan keganasan rumah tangga, serta berkongsi artikel berita mengenai perkara seperti perkauman, dan kemudian berbincang pendapat mereka.

Terdapat juga perbincangan ringan mengenai rutin harian mereka atau sambutan keluarga. Baru-baru ini, beberapa gadis berkcapa mengenai hiasan Deepavali dan cara mereka meraikan perayaan mereka ketika sekatan pergerakan dilaksanakan, kata Hannah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *