Asteriod Setinggi Burj Khalifa Akan Hampiri Bumi Pada 29 Nov Ini

ASTEROID setinggi bangunan tertinggi dunia, Burj Khalifa dan diameter 0.51 kilometer (km) bakal melintasi Bumi hujung bulan ini dengan jarak paling hampir dijangka pada 29 Nov ini.

Menurut NASA, asteroid yang dinamakan 153201 2000 WO107 itu kini bergerak di angkasa lepas pada kelajuan 56,000 batu sejam.

Bagaimanapun, asteroid gergasi yang diklasifikasikan sebagai Asteroid Menghampiri Bumi (NEA) itu tidak mungkin melanggar Bumi atau menyebabkan malapetaka.

Kehadiran asteroid itu memberi peluang kepada saintis untuk mengkajinya dengan lebih terperinci.

Pada 29 Nov 2000, asteroid sama telah dikenal pasti saintis New Mexico buat kali pertama.

Asteroid adalah objek atau batu tanpa udara yang dihasilkan daripada kesan pembentukan sistem suria sekitar 4.6 bilion tahun lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *