Benarkah? Dikatakan Maradona Dibiarkan Selama Tiga Hari Tanpa Bantuan Selepas Terjatuh
2 min read
Pemain bola sepak legenda, mendiang Diego Maradona dikatakan dalam laporan media antarabangsa bahawa selepas beliau terjatuh dan kepalanya terhantuk seminggu sebelum kematiannya, beliau dibiarkan tanpa dibantu selama tiga hari.
Perkara itu diberitahu oleh jururawatnya, Gisela Madrid. Maradona meninggal dunia ketika berumur 60 tahun akibat kegagalan jantung di rumahnya di Buenos Aires, Argentina, minggu lepas.
Bagi peminat Diego Maradona, sudah pasti segala misteri yang timbul membuatkan mereka ingin terus mengikuti perkembangan terkini kematian bintang bola sepak dunia itu
Siasatan pihak polis mendapati ada unsur cuai di aspek perubatan. Peguam kepada jururawatnya, Rodolfo Baque melaporkan kepala Maradona terhantuk selepas terjatuh di rumahnya tetapi tidak di bawa langsung ke hospital untuk diperiksa.
Ketika kejadian, mendiang masih dalam proses pemulihan selepas menjalani pembedahan membuang darah beku di bahagian kiri kepala dan keadaan kesihatannya dipantau sepanjang masa.
“Maradona terjatuh pada Rabu seminggu sebelum kematiannya.
“Dia terjatuh dan kepalanya terhantuk tetapi mereka tidak membawanya ke hospital untuk pemeriksaan lanjut,” demikian menurut peguam itu.
Menurutnya lagi, Maradona dibiarkan selama tiga hari tanpa dilihat oleh sesiapa dan tidak diberikan pertolongan.
Laporan awal bedah siasat melaporkan Maradona mengalami pembengkakan paru-paru yang serius dan kegagalan jantung kronik yang membawa kepada kematiannya ketika tidur.
Pada Sabtu lalu, jururawat Gisela mengakui dia berbohong mengenai pemeriksaan rutin awal pagi dan pengakuan itu menambahkan lagi misteri di sebalik kematian legenda bola sepak dunia itu.
Bagi peminat Maradona, sudah pasti segala misteri yang timbul membuatkan mereka ingin terus mengikuti perkembangan terkini kematian bintang bola sepak dunia itu.
Ketika zaman kegemilangannya, Maradona pernah turut bermain untuk kelab Barcelona dan Boca Juniors serta pernah datang ke Kuala Lumpur untuk satu perlawanan persahabatan pada tahun 1982. – Sepatah Dua