December 6, 2023

Di Cameron Highlands, Sudah Ada Tarikan Naik Belon Udara Panas

2 min read

Siapa sangka di Cameron Highlands sekarang sudah ada tarikan terbaru iaitu merasai pengalaman menaiki belon udara panas. Apabila lama-lama nanti, mungkin akan berubah sama macam Cappadoccia di Turki tu.

Anda sudah boleh mula membayangkan menaiki belon udara panas terbang di kawasan peranginan tanah tinggi itu meninjau pula ladang-ladang teh dan strawberi yang luas. Ketika di dalam belon udara panas, anda pasti berasa lebih sejuk tambahan pula suhu di sini dah memang sejuk.

Aktiviti belon udara panas di Cameron Highlands terletak di Cameron Valley Tea Shop di Kuala Terla.

BACA JUGA – Bekerja Sendiri GIG Digalak Carum Perkeso – Menteri

Mesti ramai yang berminat, anda bolehlah mula merancang bagaimana perjalanan anda ke sana nanti selepas Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di beberapa buah negeri tamat nanti khususnya di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Menurut laman Facebook, Hot Air Balloon Cameron Highlands mereka ada membuka peluang untuk anda menaikinya pada 5 dan 6 Disember nanti.

Harga-harga untuk merasai pengalaman ini menurut laman berkenaan ialah seperti berikut :-

  • RM70 harga orang terawal (early bird) tempat terhad (Harga normal walk ini ialah RM150.
  • Harga perbasket penerbangan peribadi (private) RM250 harga istimewa (Harga biasa RM450)
  • Berat kesemua penumpang perlulah berjumlah maksimum 200 kilogram.
Orang ramai melihat Belon Udara Panas yang sudah dikembangkan di Cameron Highlands. – Foto Facebook Hot Air Ballon Cameron Highlands.

Biasanya, kalau waktu musim cuti di sini, trafik akan sesak di mana-mana sahaja di sana dan ada yang memakan masa berjam-jam terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.

Kalau datang pada hari Ahad pun, masih ramai lagi yang berada di sana membeli-belah sebelum memulakan perjalanan pulang ke rumah masing-masing selepas selesai bercuti.

Di Malaysia, tarikan menaiki belon udara panas biasanya diadakan secara festival atau pun pesta pada setiap tahun di Putrajaya. Jadi, untuk ada satu tarikan baru seumpama ini secara tetap di negara ini adalah satu benda baru untuk orang ramai dan sudah pasti Cameron Highlands akan semakin sesak.

Pada ketika negara dan seluruh dunia dalam saat pandemik COVID-19, tak perlulah untuk sampai ke Turki untuk merasai pengalaman ini, di Malaysia terbang melihat kecantikan ladang teh dan muka bumi di Cameron Highlands pun dah cukup mengujakan. – Sepatah Dua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *