September 26, 2023

Syarikat Banyak Ambil Pekerja Guna Skim Kontrak Atau Freelance Untuk Elak Carum KWSP? Bolehkah Begitu?

3 min read

Orang ramai faham pada zaman pandemik COVID-19 amat susah untuk mencari kerja makan gaji dengan syarikat dan juga amat susah untuk memulakan perniagaan kerana banyaknya persaingan. Orang yang menjual berniaga kerana kesusahan dan orang yang membeli juga kurang kuasa membeli kerana di dalam kesusahan. Oleh sebab itu, kini timbul idea untuk keluarkan wang simpanan dalam KWSP.

Sekarang, sibuk di sana sini tentang pengeluaran wang dalam akaun 1 pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk menampung kesusahan yang dihadapi untuk membayar hutang serta ada yang mahu menggunakan wang berkenaan untuk membayar hutang mana yang sudah tertunggak.

Apabila ramai yang nanti mengeluarkan wang dalam KWSP sudah pasti simpanan di dalam akaun 1 sudah berkurangan, tambahan pula jika sudah dikeluarkan wang dari akaun 2 melalui skim i-Lestari sebelum ini.

Jadi, berbulan-bulanlah orang berkenaan bekerja tanpa ada caruman KWSP di dalam akaunnya

Tahukah anda? jika ada syarikat yang mengambil pekerja baharu, mereka cenderung untuk ambil orang bekerja mengikut skim kontrak pendek selama tiga bulan dan syarikat tidak mencarum ke dalam akaun KWSP pekerja? Walaupun ada yang sudah dapat kerja, tapi mereka tetap tidak akan dapat menambah semula caruman di dalam akaun KWSP kerana tidak dicarum oleh majikan.

Pihak majikan akan memperbaharui kontrak berkenaan setiap tiga bulan kadangkala sehingga mencapai tempoh setahun semata-mata untuk mengelak dari terpaksa mengeluarkan perbelanjaan tambahan untuk mencarum ke dalam KWSP.

Ada juga syarikat yang mengambil pekerja menggunakan skim sebagai freelance. Pengambilan secara freelance tapi bekerja seperti pekerja biasa dan diberikan beban kerja yang sama.

BACA JUGA – Kajian : Warga KL Keempat Terbeban Kerja Di Dunia

Mereka juga tidak diberikan caruman KWSP tetapi mesti melakukan kerja seperti kakitangan penuh syarikat berkenaan. Dalam hal ini, kalau dilihat ada keadaan yang tidak adil bagi pihak pekerja kerana mahu mencari kerja tapi bila dapat kerja tidak dicarum oleh majikan ke dalam KWSP.

Padahal KWSP itu adalah wang simpanan pekerja. Mereka juga tidak mahu buat bising lebih kerana akur akan kesusahan untuk mencari kerja. Biarlah tidak dicarum dalam KWSP asalkan ada kerja.

Disebabkan keadaan pandemik sekarang ini pun tidak diketahui akan berlanjutan berapa lama, sudah pasti syarikat-syarikat akan terus mengamalkan cara sebegini dengan mengambil pekerja secara kontrak tanpa mencarum dengan KWSP.

Tidak boleh kah? Diwujudkan undang-undang mewajibkan syarikat mencarum KWSP tidak kira apa skim yang mereka gunakan untuk ambil pekerja. Ini kerana ada yang menyalahgunakan terma sebagai freelance untuk mengambil pekerja tetapi tidak mahu mencarum dengan KWSP.

Jika disiasat, banyak syarikat yang melakukan sebegitu sekarang ini. Ada juga syarikat yang awal-awal sudah memaklumkan jika kontrak diperbaharui, ia akan tetap mengikut sistem yang sama iaitu sebagai freelance sahaja selagi pihak syarikat mahu menggunakan sistem berkenaan.

Jadi, berbulan-bulanlah orang berkenaan bekerja tanpa ada caruman KWSP di dalam akaunnya.

Jika sudah ambil pengeluran i-Sinar nanti, dan sudah keluarkan i-Lestari, dapat kerja tapi kontrak atau freelance tapi tidak dicarum KWSP, bagaimana mereka mahu membuat simpanan, paling tidak adil, majikan dapat lari daripada mencarum di dalam KWSP dengan menggunakan alasan sebagai pekerja kontrak.

Bukan sedikit bilangan pekerja yang diambil pekerja, malahan beribu di luar sana sudah diambil bekerja tapi syarikat tidak mencarum dengan KWSP. Sudahlah ada faedah cuti, perubatan pun tiada, KWSP pun tiada serta ada yang diambil bekerja mengikut gaji hari, jika terpaksa cuti, tidak akan dibayar gaji pada hari berkenaan.

Berapa lama lagi suasana tidak adil seperti ini akan berterusan?? – Sepatah Dua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *