13,000 Penduduk Dipindahkan Kerana Mahu Musnahkan Bom Perang Dunia Kedua Seberat 500 Kg

Hampir 13,000 penduduk dipindahkan di Frankfurt ketika pasukan pakar pemusnah bom melupuskan bom Perang Dunia Kedua yang ditemukan di bandar tersebut.

Bom seberat 500 kilogram itu ditemukan di kawasan tapak pembinaan di Frankfurt pada Khamis lalu.

Pihak berkuasa menetapkan radius pemindahan seluas 700 meter dan kawasan itu melibatkan sejumlah kediaman penduduk, pusat internet dan kemudahan pengendali landasan kereta api.

Biarpun era perang dunia sudah berakhir kira-kira 75 tahun lalu, Jerman masih ‘dipenuhi’ dengan sisa-sisa perang termasuk bom yang sering ditemukan di tapak pembinaan.

Pada awal tahun ini, pasukan pemusnah bom melupuskan tujuh unit bom Perang Dunia Kedua yang ditemukan di tapak kilang Tesla di pinggir Berlin. – AFP

Perkhidmatan Kecemasan Queensland mengarahkan supaya penduduk berpindah segera bagi mengelak insiden tidak diingini berlaku. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *