Seramai 250 Orang Rider Dapat Isi Petrol Percuma Program Kongsi Kebaikan Dana Kita
2 min read
Pagi tadi, ada satu program berbuat baik kepada orang lain telah diadakan oleh Pertubuhan Kebajian Dana Kita (Dana Kita) apabila mereka mengadakan program membantu penunggang motosikal yang mencari rezeki menghantar barangan atau penghantar barangan untuk mengisi petrol secara percuma.
Timbalan Presiden Dana Kita Muhammad Irwan Omar berkata seramai 250 orang penunggang motosikal yang terdiri daripada penghantar dari Grab, Food Panda, Lalamove dan Mc Donald’s serta penghantar barangan persendirian telah berjaya diisi tangki motor mereka.
“Mereka ini mencari rezeki dengan menjadi runner untuk menampung perbelanjaan keluarga tersayang.
“Berkali-kali mengucapkan terima kasih kepada kalian semua yang menyumbang seterusnya membolehkan kami menganjurkan program seumpama ini,” katanya dalam satu penulisan di Facebook selepas program berkenaan diadakan di stesen minyak Petronas di Danau Kota, Setapak.

Beliau berharap dengan usaha berkenaan ia akan memudahkan urusan para penghantar makanan berkenaan untuk mencari rezeki yang halal.
Muhammad Irwan berkata, Dana Kita akan berusaha mengadakan program seperti itu di lokasi lain pula.
“Berikanlah orang disekelilingmu itu kegembiraan, kelak kau akan merasakan kebahagiaannya di hatimu.
“Bagi segelintir orang, kebajikan adalah sekadar memberi bantuan,Tetapi bagi mereka yang memahami, ia adalah kehidupan.
“Lakukanlah kebaikan sekecil apapun, kerana kamu tidak pernah tahu kebaikan mana yang akan membawamu ke syurga,” katanya.
Bagi mereka yang ingin membuat sumbangan kepada pihak Dana Kita untuk digunakan untuk memberikan kebaikan kepada orang lain, anda boleh membuat sumbangan kepada akaun Maybank 564 221 646 925 di bawah nama Pertubuhan Kebajian Dana Kita. – Sepatah Dua
1 thought on “Seramai 250 Orang Rider Dapat Isi Petrol Percuma Program Kongsi Kebaikan Dana Kita”