Shopee : Seorang Pengguna Tempatan Buat 180 Tempahan Pada Pagi 12.12

SEPERTI apa yang diketahui ramai, ledakan jualan murah besar-besaran di Shopee sampai pada kemuncaknya pada 12 Disember lalu yang mana shopee sekali lagi mengadakan promosi besar-besaran yang dinamakan 12.12!

Rasanya tak perlu untuk diperkenalkan lagi, Shopee merupakan salah satu laman e-dagang popular dan telah mengadakan jualan tahunan 12.12 setelah kempen 11.11 nya dilihat sangat berjaya.

Jikalau pada 11.11 yang lepas, Shopee menyaksikan seorang pengguna berbelanja sehingga RM70,000, kini pada jualan akhir tahun 12.12 ia sekali lagi mencatat rekod luar biasa.

Apa yang mengejutkan, Shopee dalam satu kenyataan berkata, seorang pengguna tempatan membuat sehingga 180 tempahan pada pagi 12.12 yang lalu!

Ini boleh dikatakan antara tempahan yang tinggi dilakukan oleh seorang pembeli dalam tempoh kurang 24 jam.

Secara keseluruhan, sekitar 875,000 barangan telah terjual di Selangor sahaja dalam tempoh sejam pertama pada 12.12.

Pengguna tersebut dilihat membuat pembelian yang tinggi untuk barangan rumah, barangan runcit, dan juga peranti mudah-alih serta aksesorinya.

“Memandangkan usaha tinggal di rumah diteruskan, rakyat Malaysia didapati membeli lebih 200,000 unit makanan ringan dalam tempoh lapan jam pertama 12 Dis ini.

“Sementara itu, MILO terus menjadi minuman malt coklat kegemaran rakyat Malaysia dengan dua unit dijual pada setiap saat,” menurut kenyataan tersebut.

Dalam pada itu, ibu bapa juga dilihat membeli barangan persekolahan sebagai persediaan menghadapi tahun baharu, dengan lebih 190,000 barangan alat tulis dijual di Shopee.

Lebih 53,000 unit seragam sekolah, beg, kasut, kotak pensel dan banyak lagi dijual secara keseluruhan.

Di samping itu, pembeli lelaki dan wanita dilihat membeli-belah untuk keperluan kesihatan dan kecantikan, dengan barangan penjagaan kulit serta gincu menjadi sangat popular dengan lebih daripada 210,000 barangan dan 37,000 unit dijual.

Rakyat Malaysia dilihat berebut bagi mendapatkan tawaran terbaik dalam sambutan Hari Ulang Tahun Shopee yang kelima.

Wow! Dahsyat bukan? Korang beli apa je sempena 12.12 hari tu?

One thought on “Shopee : Seorang Pengguna Tempatan Buat 180 Tempahan Pada Pagi 12.12

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *