Hati-Hati, Jangan Buang Bungkusan Beli Barangan Online Merata-rata
2 min read
Sejak satu negara dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lepas, gaya membeli-belah barangan online sedang meletup sana sini. Para penghantar makanan dan barangan belian ini pun banyak dapat kerja untuk menghantar barangan ke merata-rata kawasan seluruh Malaysia.
Bagaimanapun, baru-baru ini tular satu video di media sosial berkaitan perbuatan menipu dengan menggunakan sisa bungkusan barangan pembelian online selepas ia dibuang merata-rata oleh tuan punya barang. Individu berkenaan menggunakan alamat dan nama penuh yang tertera di bungkusan berkenaan.
Pihak polis sentiasa memantau dan membuat pemerhatian ke atas cara baru penipuan yang cuba dilakukan oleh pihak bertanggungjawab tapi orang ramai m
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Zainuddin Yaacob berkata, kaedah pembelian barangan secara atas talian kini telah menjadi trend masyarakat di sekeliling kita dan ia mungkin menjadi risiko untuk orang ramai menjadi mangsa penipuan.
BACA JUGA – Shopee : Seorang Pengguna Tempatan Buat 180 Tempahan Pagi 12.12
“Setakat ini tiada lagi laporan berkaitan kes-kes sebegini. Tetapi kita sentiasa memantau sekiranya terdapat penipuan yang menggunakan modus operandi tersebut.
“Kita juga ingin mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati apabila membuang sampul surat atau bungkusan yang mengandungi maklumat peribadi mereka,” katanya dalam satu kenyataan.
Zainuddin mengulas berkenaan satu video yang tular melibatkkan aktiviti penipuan dengan menggunakan maklumat peribadi yang terdapat pada bungkusan barangan yang dibeli di platform atas talian.
Menerusi video tersebut, suspek akan mengambil sampul yang dibuang itu dan akan pergi ke rumah mangsa dengan menyamar sebagai pekerja syarikat penghantaran.
Suspek juga akan memberitahu ahli keluarga mangsa bahawa barangan tersebut perlu dibayar sebelum diserahkan padahal mangsa tidak membuat apa-apa pembelian.
Dek kerana panik ahli keluarga tidak membayar, biasanya mereka akan bantu membayar barangan itu dan tertipu.
Dalam pada itu, Zainuddin turut mengingatkan orang ramai supaya sentiasa memberitahu ahli keluarga berkenaan barangan yang dibeli serta status bungkusan tersebut sama ada sudah dibayar atau tidak.
Tambahnya, orang ramai juga digesa untuk membuat laporan polis sekiranya pernah menjadi mangsa penipuan dengan menggunakan modus operandi yang sama. – Sepatah Dua